Berkat usaha, doa, insha-Allah ‘l’Il be back’. Itu kata calon Pakatan Harapan (PH) Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar yang menerima dengan hati terbuka kekalahannya di kawasan itu.
Dalam masa sama, anak kepada Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim itu mengucapkan tahniah kepada calon yang dipilih oleh rakyat.
Menurutnya yang dinobatkan orang ramai sebagai bakal Perdana Menteri pada PRU16 itu, setiap jawatan hadir dengan tanggungjawab dan amanah.
“Semoga mandat ini dipikul dengan penuh tanggungjawab, kasih dan kebijaksanaan.
“Tiada usaha tanpa kesilapan dan kekurangan. Jangan bimbang, rakan seperjuangan. ‘l’Il be back’,” dipetik BH.
Beliau yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-42 semalam berkata, beliau tetap positif dan menganggap peluang mewakili Permatang Pauh di dalam Dewan Rakyat sebelum ini sebagai penghormatan terbesar dalam hidupnya.
“Di Permatang Pauh, bermulanya Kajian Kemiskinan Pelbagai Dimensi pasca COVID-19 yang pertama di Malaysia, dan akhirnya diangkat di peringkat Unit Perancang Economi (EPU) sebagai kaedah menilai kemiskinan dan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) merentasi pendapatan semata-mata.
“Terima kasih tidak terhingga di atas peluang dan ruang yang diberikan. Buat pengundi serta penyokong saya yang dikasihi, kasih serta dukungan anda memberi saya kekuatan dalam mendepani cabaran hidup dan masa hadapan,” katanya dalam satu hantaran di Instagram.
Baca juga Sudah meninggal 6 bulan, wanita sebak baca nota arwah ibu
Baca juga PH dah dapat jumlah kerusi Parlimen lebih banyak dari PN – Anwar Ibrahim berhak jadi Perdana Menteri