Lipas hinggap di topeng muka, doktor gigi hampir lari keluar bilik

Lipas ini boleh dikatakan musuh utama terutama buat kaum wanita apatah lagi kalau lipas tersebut terbang. Seorang wanita yang juga doktor gigi kongsi rakaman lucu lipas hinggap di muka ketika mahu buat rawatan kepada pesakit.

Wanita tersebut berkongsi di TikTok miliknya @inshyyrahh mengenai kejadian tersebut namun bernasib baik kerana pesakitnya itu adalah adik sendiri.

Apa yang lebih kelakar apabila dia dan adik lelakinya sama-sama menjerit kerana takutkan lipas tersebut sehingga akhirnya menjadi bahan ketawa buat mereka.

 

@inshyyrahh

pasrah 2 kali😭😭 nasib patient ADIK SENDIRI😭😭😭😭

♬ original sound – 🦋 – 🦋

Netizen dikatakan memahami situasi ini kerana mereka juga takutkan lipas. Antara komen netizen ialah:

“Weiii takut la nak pergi dental kalau ada lipas, kang mulut buka lipas terbang masuk,” komen Azfar.

Patient kat luar be like macam tu sekali kah sakitnya cabut gigi?,” komen Pika.

Trauma dengan lipas

“Aku rasa doktor tu yang trauma dengan lipas, sekali dengan pesakit kat luar lari balik sebab dengar dia menjerit lain macam pesakit yang tengah kena cabut gigi,” komen Siti Zubaidah.

“Nasib baik belum sempat dikorek gigi, kalau tak habislah gusi ke mulut tu,” komen Mas Alya.

Ada juga netizen yang kongsi cara bagi pengajaran kat lipas yang suka menyelinap di orang.

“Kalau ada lipas yang suka terbang dalam bilik air, memang habis syampu atau sabun aku bagi dekat dia, biar sampai berbuih mulut dia,” komen Mas Alya.

Kaum hawa kalau bab-bab lipas ni pastinya akan keluarkan sisi lain mereka. Kalau sebelum ini ayu pastinya hilang ayunya kalau terjerit sebabkan lipas ini.

Baca Juga: Makan nasi guna kuku, netizen loya tekak lihat wanita ini

Baca Juga: Kemunculan pertama Sultanah Kelantan tarik perhatian