LTdL: Lebuhraya KL-Karak ditutup dua jam Khamis ini

  • Post author:

Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak menghala ke Kuantan akan ditutup pada 13 Oktober ini.

Penutupan bermula 1.45 tengah hari hingga 4 petang itu bertujuan memberi laluan kepada acara sukan berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2022.

Anih Berhad memaklumkan, penutupan selama 2 jam 15 minit itu, akan bermula di susur masuk Gombak ke lebuh raya tersebut.

“Orang ramai juga diingatkan agar merancang perjalanan bagi memastikan keselesaan pengguna jalan raya,” maklum kenyataan itu lagi.

LtdL 2022 akan berlangsung dari 11 hingga 18 Oktober dengan Peringkat 3 dari Putrajaya ke Genting Highlands berlangsung pada 13 Oktober ini.

Baca Juga: Tidak memilih kerja, pemuda ini gembira dengan tugasnya

Baca Juga: Kampung di India larang guna telefon bimbit selepas 7 malam