Luar biasa! Lautan manusia banjiri pekarangan rumah Shah Rukh Khan sempena hari lahir aktor itu

  • Post author:

Tarikh lahir merupakan hari ulang tahun yang lazimnya disambut bagi menghargai kelahiran seseorang di dunia ini.

Pelbagai cara digunakan setiap lapisan masyarakat dalam menyambut kegembiraan seseorang seperti makan bersama-sama dan memberikan hadiah.

Begitu juga dengan peminat fanatik
aktor Bollywood terkenal, Shah Rukh Khan yang membanjiri pekarangan rumah pelakon itu di Mumbai, India, Rabu lalu.

Memetik laporan Hindustan Times, aktor yang meraikan ulang tahun ke 57 pada 2 November itu dilaporkan bertemu dengan peminatnya sambil berdiri di atas tembok besar di banglo mewah enam tingkat yang dikenali sebagai Mannat.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, kediaman aktor terkenal itu, akan dipenuhi peminat bukan sahaja dari India, malah dari seluruh dunia.

Ribuan peminat akan berkumpul sejak awal pagi menanti kehadiran aktor kesayangan mereka memberi lambaian istimewa dan mengambil gambar.

Pihak berkuasa India turut mengawal pekarangan lokasi kediaman pelakon itu bagi memastikan tiada kejadian buruk berlaku.

Shah Rukh Khan yang baru sahaja tampil dengan filem ‘Pathaan’ itu turut berswafoto bersama peminatnya dan mengabadikan memori dengan memuat naik gambar di Instagramnya.

Dalam hantaran itu, beliau menulis, “Saya dapat lihat lautan cinta. Terima kasih semua kerana berada di sana dan menjadikan hari ini begitu istimewa. Terima kasih dan hanya kasih sayang untuk anda semua”.

Setiap insan yang menerima ucapan sempena tarikh kelahirannya pasti merasa bahagia dan dihargai oleh keluarga dan juga rakan-rakan.

Happy birthday Shah Rukh Khan!

Kredit gambar: IG Shah Rukh Khan

Baca Juga: Zamani tak kisah untung tak besar asal tak berhutang, penganjur balas kenyataan isteri Zamani

Baca Juga: Menggayakan busana merah dan biru, netizen kata nampak macam ‘ikan laga’, buat ramai tergelak