Kerja sebagai pembantu jualan dan pakar perkhidmatan pelanggan di Lapangan Terbang Changi untuk rakyat Malaysia telah ditawarkan gaji RM10,000 sebulan.
Tawaran kerja itu diiklan di facebook rasmi MCI Group yang merupakan sebuah agensi pekerjaan.
“Ini adalah iklan berbayar yang diterbitkan di akhbar berbahasa Cina di Malaysia untuk pengambilan pekerja luar negara kami di Johor Bahru.
“Kami membuka temuduga kepada individu berminat seperti di lokasi tertera,” kata agensi perkerjaan itu.
Tawaran kerja itu didakwa boleh dipohon dengan menghadiri temuduga terbuka di sebuah hotel di Johor Bahru, hari ini.
Memetik laporan ATV News Online yang menyiarkan poster kekosongan jawatan itu dengan tawaran gaji lumayan iaitu sebanyak 3,000 dolar Singapura (kira-kira RM10,000).
Poster itu juga menyatakan pakaian seragam dan latihan akan disediakan, selain akan bekerja secara syif empat hari seminggu.
Akhbar berbahasa Cina Singapura, Shin Min Daily dilaporkan memuat naik siaran kekosongan jawatan itu di Facebook dan menerima hampir 300 komen.
Namun, ramai yang curiga dengan tawaran itu dan bertanya sama ada ia penipuan disebabkan tawaran gajinya yang tinggi.
“Berkenaan dengan pekerjaan, lokasi bekerja adalah di Lapangan Terbang Changi namun kami ingin menjelaskan bahawa pelanggan kami bukanlah Kumpulan Lapangan Terbang Changi,” kata kenyataan itu.
Baca juga: Padah pukul isteri dengan kerusi, lelaki ditahan polis
Baca juga: Tak puas hati dengan konsert Billie Eilish, ada 9 lagi konsert akan menyusul hingga hujung 2022