Luna Maya malu-malu lepas kantoi dirakam terlalu asyik lihat bekas kekasih

  • Post author:

Umum mengetahui mengenai kisah percintaan di antara Luna Maya dan Ariel Noah yang berakhir di tengah jalan. Walaupun pernah menyimpan rasa marah dan dendam, kini Luna Maya mengakui sudah berbaik dan saling berhubung dengan Ariel.

Luna menarik perhatian netizen apabila menjadi pengacara bersama Boy William dalam sebuah program hiburan di Bali, antara penyanyi yang membuat persembahan dalam program tersebut ialah Ariel.

Saat penyanyi berusia 40 tahun itu membuat persembahan di atas pentas, Boy secara sembunyi merakam gelagat Luna yang dilihat begitu asyik menonton persembahan bekas kekasihnya itu.

Menyedari aksinya dirakam, Luna kemudiannya berpura-pura bermain telefon bimbit, namun diminta oleh Boy untuk memberi tumpuan pada persembahan Ariel lapor Kosmo.

Video tersebut mendapat perhatian netizen apabila teruja melihat aksi Luna yang tidak dapat menahan rasa malu. Peminat kedua-dua selebriti itu masih mengharapkan mereka kembali menjalin komitmen, sekali gus menjadi pasangan suami isteri.

Baca Juga: “Kau ingat gelek di khalayak tu dapat pahala ke?” Kali ini Ifa Raziah ditegur pula ustaz Pas

Baca Juga: Menangis, umum undur diri Aliff Syukri tetap lancar lagu dangdut dengan Baby Shima hari ini