“Madu aku nak balas dendam, dulu aku ambil laki dia sekarang dia nak ambil anak aku pulak…”

Dek kerana cinta lalu terburu-buru buat keputusan untuk berkahwin sehingga sanggup menjadi isteri kedua. Lebih teruk lagi perkahwinan dibuat di negara seberang. Perkara ini telah menimbulkan kesulitan apabila berlakunya masalah dalam rumah tangga. Ikuti kisah ini.

Aku nak cerita tentang pengalaman aku jadi isteri kedua yang biasanyalah jadi kecaman orang dan ibarat tidak mempunyai hak. Aku faham perasaan perempuan yang dicurangi, diduakan sebab perkahwinan pertama aku sebagai isteri tunggal membela biawak hidup.

Perkahwinan pertama gagal selepas biawak tersebut kantoi curang tahap langit ke lima, siap dah bawa merisik bakal isteri kedua. Masa kantoi, aku bagi syarat, “Aku nak hantaran atau duit sama banyak dengan isteri kedua dapat dan wajib adil.”

Sebab dia tahu dia tak mampu adil sebab hidup dia pun aku bela, akhirnya aku diceraikan menggunakan SMS zaman handphone Nokia dulu. 4 tahun menjanda, aku tewas digoda suami orang yang nampak alim, tak tinggal solat dan pandai ambil hati.

Pernah aku tak cukup duit nak beli tiket flight balik raya, dia bagi cash siap duit belanja raya untuk aku dengan anak aku. Bila aku cuba kenalkan dia dengan keluarga aku, anak aku bukan main baik lagi dengan dia. Weh, mak mana tak cair tengok anak panggil lelaki lain ayah?

Seperti lagu “Kuda yang mana”, begitulah aku dipikat akhirnya aku terima untuk berkahwin. Tapi kerana aku bodoh, aku lari kahwin kat Songkhla sebab aku bodoh. Dipendekkan cerita, selepas kahwin. Hidup aku tak seindah masa zaman dia menggoda.

Barulah nampak belang dia sebenarnya nak mempergunakan aku tempat check-in dia. Nafkah culas, tempat tinggal aku sendiri, aku sakit semua tanggung sendiri. Padan muka aku. Bila aku disahkan mengandung, sampai ke tahap aku nak buang je rasanya sebab tak sanggup asek kena maki je hari-hari sebab dia takleh tengok aku Iawan cakap dia, tak dengar cakap dia.

Simple as baIas mesej dia lambat pun aku kena sumpah ke neraka, ko ghase? Dalam keadaan macam tu, aku jadi malu dengan keluarga aku. Tapi keluarga aku ni punyalah sayang aku, terimalah dia sebagai menantu waima umur laki aku ni hampir sebaya mak aku.

Tapi sampai ke tahap dia sanggup maki mak bapak aku, siap hina anak aku sebab dia dah ada anak dengan aku, aku kata that’s it! Aku pindah balik ke rumah mak bapak aku, duduk dengan 2 orang anak aku since mak aku pun ada sakit kaki sikit.

So, aku rela lagi temankan mak pak aku kat rumah. Bil apa semua, bapak aku tanggung sebab pencen bapak aku besar. Mak aku pun ada harta peninggalan dulu, jadi memang hidup aku masih ditanggung keluarga waima aku bekerja dengan gaji yang selesa. Sape tak terharu wehh??

Masa aku down, mak aku siap tolong lipat sidai baju aku. Anak-anak aku ayah aku tolong urus. Ko ghase aku nak pilih mak pak aku atau laki no 2 aku? Haha! Dia ingat, dia je boleh no 2 kan aku? Dia pun laki no 2 aku. Aku mohon fasakh.

2 tahun lebih, dan sampai sekarang aku masih lagi fight untuk fasakh. Dia punya marah aku minta fasakh, dia failkan hadhanah kekal dan hadhanah interim. Yang takleh tahan tu, saksi dia adalah madu aku! Ya, madu aku nak baIas dendam dengan ambil anak aku macam mana aku berkongsi kasih dengan dia.

Jangan risau, barang pinjamkan kena pulang balik. So, aku nak pulangkan laki dia. Dia pulak nak ambik anak aku. Padahal anak aku, sama umur cucu sulung dia. (Ya, aku ada cucu tiri ye pada umur 35 tahun. Haha! Nenek vogue gitew~)

Sekarang, aku masih fight untuk diri aku dan aku masih makan kesan daripada kebodohan aku. Jadi aku tak nak lah pembaca-pembaca kat sini yang bijak pandai ni, tolong jangan jadi bodoh macam aku dulu. Sekarang aku dah cerdik.

Aku pasang lawyer, aku ada duit and anak-anak aku happy dengan aku. Tapi, aku masih fight! Doakan aku menang tau! Aku tak larat dan nak berdepan dengan suami kaki maki. Dia kalau ada masalah dengan madu aku, aku yang kena maki waima aku tak salah apa. Padan muka aku weh! Ni panduan untuk yang rasa nak jadi isteri kedua.

Panduan 1: Nikah dalam negara. Jangan percaya janji-janji dia kata nak daftar bagai kat Malaysia. Proses nak daftar tu susah wehh. So better dia susah naik turun mahkamah nak dapat kelulusan hakim untuk poligami sebelum kahwin. Kalau itu pun dia tak sanggup, tak payah kahwin dengan dia. Percayalah! Lepas kahwin lagi teruk!

Panduan 2: Sedar diri. Tolong sedar diri akan hak-hak engkau. Masa awal-awal, memang makan hati tapi engkau kena cakna dan sanggup melepaskan sedikit hak-hak engkau untuk mendamaikan rumahtangga. Tapi, jangan sampai kena pijak. Kena tahu mana limit engkau.

Panduan 3: Jaga duit dan harta engkau! Weh, biasa lelaki yang tak mampu kahwin dua ni, dia nak kahwin dua supaya dia ada 2 source of income tau. Jadi, kau kena make sure segalanya kena ada HITAM PUTIH, cop pesuruhjaya sumpah kalau boleh.

Jangan sesekali bagi dia pinjam duit. Kalau ada benda engkau bayar dulu claim kemudian, CATAT! Semua dokumen ni penting bila engkau nak tuntut nafkah atau harta sepencarian kat mahkamah.

Panduan 4: Cerai! Sedarlah, kalau tak cerai hidup, cerai mati. Engkau tetap akan bercerai dengan dia. Tak engkau mati dulu, dia mati dulu. Harta engkau dia joli, anak-anak engkau? Protect diri sendiri dulu. Pastikan segalanya bertulis, ada saksi, ada geran dan lain-lain. Dan pastikan semua dokumen ni ada kat engkau. Mesti!

Panduan 5: Hak bermalam. Engkau kena faham tentang hak ini, mana yang engkau sanggup kurangkan. Kurangkan, tapi jangan sampai kena pijak. Sekadar datang check-in tempat engkau labur “money” dia, pastu dia chow ke rumah sana. No Way!

Pastikan dia duduk rumah dengan engkau, buat kerja rumah dengan engkau, solat jemaah dengan engkau. Ajar engkau ngaji kalau belum pandai ngaji dan tanggungjawab seorang suami dalam islam. Tu sikit sebanyak panduan la untuk yang merenyam tengah bercinta dengan suami orang.

Kalau kail panjang sejengkal, janganlah laut hendak diduga. Untuk pengetahuan pembaca, aku spend 5 angka untuk bayar lawyer segalanya ye untuk pertahankan hak aku. Untuk daftar nikah dulu (pengesahan dan pendaftaran), bayar lawyer 8k. Weh! Semua duit aku sebab masa tu aku bodoh!

Jadi, jangan jadi bodoh kecuali korang memang kaya dan duit banyak. Engkau tengoklah kat mahkamah syariah tu sendiri berapa ramai perempuan yang diguna-gunakan suami dia dan terpaksa naik turun mahkamah nak Iawan hak dia.

Aku pernah tengok orang sebeIah aku nak register kes, kena bayar RM75 macam tu, duit tak ada sebab dia ingat tak payah bayar apa-apa yuran pemprosesan. Menangis-nangis dia depan pendaftar tu. Nasib aku dengan member ada, aku tolong hulur masa tu sebab aku faham jerih perih seorang perempuan nak pertahankan hak dia kat court.

Lepas ni aku nekad dah tak nak jadi bodoh dan aku dah tak nak jadi isteri orang. Haha! Aku rasa tu kerja yang aku tak mampu buat, lebih baik aku jadi anak yang baik kepada mak pak aku yang susah payah jaga aku dan besarkan aku dari kecik.

Biarlah aku jadi mak yang baik untuk anak perempuan aku yang comel dan cantik, supaya dorang membesar tak diperbodohkan lelaki macam aku. Supaya mereka berdua membesar jadi wanita yang kuat. Apa pun, ada je lelaki bagus kat luar sana.

Ramai je kawan-kawan aku yang bahagia dengan suami masing-masing. Nasib aku je tak baik dan aku terima sebab aku rasa orang PaIestin lagi susah hidup daripada aku yang sekadar kena fight naik turun mahkamah dengan 3 kes. Doakan aku ye korang!

Doakan aku jadi bijak pandai dan dirahmati Allah! Aku pun doakan korang yang baik-baik macam korang doakan aku! Terima kasih~ – Bukan Adira (Bukan nama sebenar)

Baca juga: “Dari sekolah aku je yang banyak bantu sampai duit biasiswa aku pun habis…”