The Malaysia Life

Mahathir teruja lihat ‘Polestar 2’, berharap PROTON ikut jejak sama keluarkan kereta elektrik sendiri

  • Post author:

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meluahkan rasa kagum dengan hasil keluaran kereta elektrik ‘Polestar 2’ yang diusahakan oleh Geely, rakan usahasama PROTON.

Beliau telah dibawa untuk melihat-lihat perincian di dalam kenderaan tersebut yang diperkenalkan oleh DRB-Hicom.

Difahamkan, dengan sekali cas sahaja ianya boleh capai sehingga 400KM di mana sekali cas mencukupi untuk guna kereta ini seperti biasa. Bagi cas semula pula hanya perlu kurang dari 2 jam untuk dapat 100 peratus bekalan penuh.

Tun Dr Mahathir Mohamad dibawa melihat lebih dekat Polester 2, model kereta elektrik yang dibangunkan bersama oleh Geely dan Volvo. - Foto ihsan Facebook Tun Dr Mahathir Mohamad

“Jika cas gunakan kuasa elektrik di rumah, ianya mengambil masa selama kurang lebih 7 jam. Tetapi sekarang ini tidak susah kerana sudah terdapat lebih 1000 stesyen di seluruh negara, tidak timbul masalah untuk mengecas kenderaan di mana sahaja.

“Di kebanyakan negara kerajaan memberi insentif kepada pembeli kereta letrik. Saya dapati di masa hadapan kenderaan sebegini menjadi pilihan kerana kurang pencemaran,” katanya dalam ciapan di Twitter.

Pada masa sama, beliau menyatakan harapan agar Proton Holdings Bhd dapat memajukan projek kereta elektrik seterusnya mengeluarkan kenderaan jenis itu pada masa akan datang.

 

Bagaimanapun Mahathir mengingatkan, walaupun kereta elektrik tidak mencemarkan udara, namun bekalan elektrik yang datang dari stesen jana kuasa sebenarnya mampu menyumbang kepada pencemaran.

Pada pandangan beliau dari segi rekabentuk, kereta ini amat canggih. Bahkan kereta ini tiada tempat simpan enjin yang besar, sebaliknya ia dijadikan tempat penyimpan barang.

“Ciri-ciri reka bentuk dalaman juga kemas dan futuristik, di mana segala kawalan dan tetapan boleh dibuat dengan sentuhan ’tablet’. Sudah tidak ada lagi suis atau tombol di dashboard seperti kereta biasa.

“Saya harap pihak PROTON dapat majukan projek sebegini supaya satu masa nanti PROTON juga dapat keluarkan kereta elektrik tersendiri,” katanya lagi.

Baca juga: Lelaki disangka mati, disimpan dalam bilik mayat sebelum meninggal dunia

Baca juga: Isu RM600 bilion: SPRM fokus siasatan pada dana RM92.5 bilion, lagi RM430 bilion bukan wang kerajaan