Mahu beri tumpuan kepada anak dan keluarga, Jihan Muse rehat daripada kegiatan seni

  • Post author:

Berehat sementara daripada dunia seni, Jihan Muse ambil langkah untuk luang lebih masa dan beri tumpuan kepada keluaraga serta anak yang baru dilahirkan.

Pelawak dan pengacara yang berusia 39 tahun itu selamat melahirkan bayi kedua yang dilahirkan pada 6 September lalu. Jihan yang sudah sinonim dengan Gegar Vaganza buat keputusan untuk mengundur diri sebagai pengacara GV 9 bagi melancarkan proses bersalin dan berpantang.

Perkara itu dikongsikan pihak pengurusan bakat yang dinaungi Jihan iaitu Laugh Out Loud Entertainment menerusi satu kenyataan.

Ketua Pegawai Eksekutif Laugh Out Loud Entertainment, Abdul Afiq Abdul Wahab menerusi kenyataan itu berkata, pihaknya selaku pengurusan Jihan memaklumkan wanita itu kini berehat seketika lapor Harian Metro.

“Perkara utama yang Jihan buat adalah keputusan untuk dia tidak bersama-sama dalam program Gegar Vaganza 9 (GV9) kerana dirinya yang masih sarat mengandung pada minggu pertama pentas saingan bermula, sekali gus menunggu masa kelahiran anak keduanya.

“Buat masa sekarang, Jihan masih berehat sepenuhnya dan memberi tumpuan kepada keluarga serta anak kedua yang baru lahir. Termasuk, dia juga masih dalam tempoh berpantang ketika ini,” katanya.

Baca Juga: Tak mahu maafkan suspek, hati isteri luluh lihat suami sudah tak bernyawa

Baca Juga: Bukan senang nak jadi juara, ahli keluarga dedah Sofizah ambil masa 20 tahun untuk jadi Johan Tilawah Antarabangsa