Menang sukar untuk bertemu penyanyi kesukaan anda apatah lagi kalau mereka dari negara lain. Namun ini tidak memberi jalan untuk mendekati ‘idol’ anda tanpa memikirkan soalan keselamatan diri.
Akibat percubaan untuk mendekati pentas untuk melihat NCT 127 dengan lebih jelas, 30 peminat mereka pengsan hingga pihak polis terpaksa menghentikan konsert kumpulan tersebut yang berlangsung di Indonesia Convention Exhibition (ICE).
Perkara itu disahkan jurucakap polis, Zulpan yang memberitahu konsert hari pertama itu dihentikan sekitar pukul 9.20 malam Jumaat lapor Kosmo.
“Ya konsert NCT di Tengerang dihentikan oleh pihak polis.
“Mereka ingin bertolak-tolak mahu dekat dengan pentas, mungkin akhirnya jatuh dan pengsan. Kira-kira 30 orang yang dilaporkan pengsan,” ujarnya.
Zulpan berkata, konsert tersebut berbaki 30 minit namun dihentikan atas dasar keselamatan penonton.
“Acara sudah berlangsung 2 jam 20 minit namun situasi semakin parah dan pihak polis mengambil keputusan menghentikan konsert itu bagi menghindari kemalangan lebih teruk,” ujarnya.
Baca Juga: Rumah pelakon Bollywood Shah Rukh Khan bertukar lautan manusia pada hari ulang tahun ke-57