Mahu gaya ala Victorian, Jaclyn rasa kelakar baju disamakan dengan punggung Kim Kardashian

Sebagai penyanyi, busana yang digayakan adalah penting supaya persembahan tampak lebih memukau. Namun busana Jaclyn Victor untuk Gegar Vaganza minggu ini kelihatan agak unik. Daripada hadapan boleh dilihat gaya ala Victorian namun daripada sisi kelihatan agak janggal.

Hos GV9, Nabil Ahmad sempat berseloroh melihat baju Jaclyn yang daripada sisi kelihatan seperti Kim Kardashian yang terkenal dengan punggung yang besar.

Meskipun ada netizen yang tidak berpuas hati dengan gurauan ‘kasar’ Nabil itu, namun bagi Jaclyn, dia tidak kisah malah menganggap ia sebagai sesuatu yang kelakar lapor Beautifulnara

“Konsep yang hendak saya ketengahkan ialah gaya Victorian, mungkin dari bahagian sisi, kelihatan seperti punggung.

“Namun, saya okey sahaja dengan gurauan tersebut dan terhibur dengan lawak Nabil.”

Walaupun dengan busana yang sebegitu, Jaclyn tetap memukau penonton apabil menyanyikan lagu Lelaki Ini nyanyian asal Anuar Zain, tidak hanya itu, dia juga berada di kedudukan pertama dengan markah 85 peratus daripada juri profesional.

Baca Juga: Artis masuk politik bukan sebab sendu, Mas Idayu yakin yang bertanding ada tujuan

Baca Juga: Jamal minta maaf selepas buat video fitnah perkauman menerusi TikTok