Mahu ‘kekal muda’, ini enam tips daripada suri hati tokoh pemimpin yang boleh dicontohi

  • Post author:

Ada kala kita tentu hairan melihatkan individu yang nampak ‘kekal muda’ walaupun usia jauh lebih tua daripada apa yang disangka.

Suri hati Tun Dr Mahathir Mohamad ini, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali pernah berkongsikan enam tips untuk ‘kekal muda’ pada usia warga emas.

Perkongsian tip ini ketika beliau menghadiri Majlis Penutup Penyandang Ketiga Kursi Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali di Universiti Malaysia (UM) beberapa tahun lalu.

Mungkin pesanan Dr Siti Hasmah yang kini berusia 96 tahun ini akan membantu anda kekal muda dan paling penting masih bertenaga jauh daripada menghidap penyakit berbahaya:

Pertama, makan makanan yang sihat.

Kedua, dapatkan rehat yang cukup.

Ketiga, bersenam.

Keempat, lakukan aktiviti kegemaran semasa lapang.

Kelima, sentiasa bergaul dengan rakan.

Keenam, sokongan keluarga terutama anak-anak.

Baca juga Mahu buang ‘saka malas’ keluar bersenam, ini lima tips mula berjoging capai berat badan ideal

Baca juga Hangat bercinta kongsi gambar lucah, video bogel: Malu besar sampai berhenti universiti akibat dendam bekas teman wanita