“Mak pula kena tanggung dia”, bapa senang je keluar 40 hari ikut tabligh tapi nafkah terabai

  • Post author:

“Mak pula kena tanggung dia, dia bersedap keluar 40 hari!”. Seorang anak makan hati melihat tingkah laku bapanya yang dikatakan sering mengikut kumpulan tabligh tetapi culas dalam memberi nafkah untuk anak dan bini.

Menerusi luahan yang dikongsikan individu tidak dikenali kepada admin Twitter ConfessTweetMY, dia mendakwa bapanya kerap meninggalkan mereka sekeluarga selama 40 hari untuk mengikut tabligh.

Tetapi apa yang mengecewakan, tiada nafkah pun yang ditinggalkan, bahkan bapanya juga tidak mempunyai pekerja tetap untuk menangung mereka.

Lebih teruk, ibunya pula terpaksa bekerja demi menyara si suami yang seronok keluar mengikut tabligh tanpa menyelesaikan tanggungjawabnya terlebih dahulu.

“Bapa saya tabligh. Selalu keluar 40 hari tinggalkan kita orang tanpa nafkah. Kawan-kawan tabligh dia selalu datang rumah ajak keluar 40 hari. Padahal baru je balik.

“Bila tolak, kawan-kawan dia macam sindir-sindirlah tak nak ikut apa semua. Saya geram. Dia tinggalkan kami tanpa nafkah. Dah lah tak ada kerja tetap.

“Mak saya pula kena tanggung dia. Dia bersedap je keluar 40 hari lari dari tanggungjawab. Penting sangat ke keluar tabligh ni sampai tinggal anak bini?,” soalnya.

Dalam pada itu, si anak itu turut mempersoalkan kepentingan keluar berdakwah sehingga meninggalkan isteri dan anak-anak.

“Saya rasa macam dia seorang je yang beribadah nak ke syurga. Orang lain tak payah beribadah, kena support dia,” luahnya lagi.

Sementara itu meninjau ke ruangan komen, ada yang berkongsi pengalaman menyertai kumpulan tabligh ini. Mereka berkata disebabkan ada ketika mereka bertengkar hebat dengan ibu bapa kerana hendak menyertai kumpulan tersebut, mereka memutuskan untuk meninggalkan tabligh itu.

Mereka melihat bahawa dalam berdakwah masih lagi perlu seimbang dan tidak sesekali mengabaikan tanggungjawab.

Pada masa sama, ada yang memberitahu bahawa mereka mempunyai pengalaman baik dengan kumpulan tabligh ini kerana mereka sentiasa bertanya sama ada keluarga yang ditinggal suami buat sementara waktu itu mempunyai makanan cukup atau tidak.

“Macam tabligh yang tak berapa betul je.. my cousin keluar tabligh gak tapi seminggu sekali orang tabligh call tanya beras ke apa ada ke tak.. sebab dia orang akan bagi dan tanya husband ada tinggal duit tak untuk family… Moralnya di sini ialah jangan kutuk geng tabligh.. kutuk individu je,” tulis pula pengguna Twitter.

Baca juga: Ada banyak terlibat, Zul Ariffin tak mahu panjangkan kes dan bayar denda RM30,000

Baca juga: Harga minyak masak 5kg turun kepada RM31.50 bermula Sabtu ini