Makan nasi guna kuku, netizen loya tekak lihat wanita ini

Seorang wanita di Jogjakarta yang sengaja menyimpan kukunya sehingga panjang menjadi kecaman netizen apabila dia berkongsi aksinya makan nasi tanpa menggunakan sudu sehingga meloyakan ramai yang melihat.

Wanita tersebut dengan selamba makan nasi berlauk menggunakan hanya kukunya sehingga membuatkan ramai geli dan menyoal tahap kebersihan kukunya yang sudah terlalu panjang lapor Wolipop.

Dewi terlihat seperti tidak peduli akan pandangan orang lain apabila membalas komen seorang pengguna TikTok  yang menyoal dirinya makan menggunakan kuku tersebut, dia hanya membalas “Masalah buat kau”.

@dewiyahya_79

Membalas @@ummyyysh kan ga merugikan hidupmu to

♬ Tiba-tiba (Speed Up) – Quinn Salman

Komen netizen:

“Kembang tekak aku,” komen Bella.

“Siapa nak diet boleh makan sebelah dia, auto tak lalu makan,” komen Nu_sh

“Macam mana nak ambil wuduk waktu solat ya,” komen Suku.

Apa yang lebih mengejutkan bukan kuku tangan sahaja yang panjang malah Dewi juga berkongsi kuku kakinya yang panjang hingga ada netizen yang berseloroh mengenai banyak syaitan di kukunya. DIa hanya membalas dia akan bersihkan kukunya biar hilang syaitan.

Baca Juga: Masa cuti sekolah je semua jadi harga yahudi, netizen tak puas hati peniaga naik harga tinggi

Baca Juga: “Kena buat FB live jual getah ke?”, Sifu pemasaran dikritik lepas bagi tips nak naikkan jualan getah kena ada ‘marketing’