‘Makcik, pagi-pagi ni buat bising apa’ – Netizen terhibur dengar Bahasa Melayu dalam cerita Korea

  • Post author:

Pastinya jarang dapat kita dengarkan pelakon yang bertutur Bahasa Melayu dalam cerita korea. Babak yang tular adalah babak orang India yang terkejut rumah diketuk hingga menyebabkan dia memarahi wanita tersebut dengan panggilan makcik.

Secara amnya setiap warga Malaysia pastinya sudah terbiasa memanggil seseorang yang lebih tua usianya dengan panggilan ‘makcik’ walaupun orang tersebut tidak dekenali.

Satu video telah dimuat naik pengguna TikTok @locacolala yang memaparkan klip filem Korea, Jazzy Misfits yang dikeluarkan pada tahun 2020. Lelaki tersebut dikatakan memaki watak wanita yang sebenarnya tersalah nombor rumah.

 

Lelaki itu terlihat marah kerana wanita terbabit menganggunya pada waktu pagi dan rupa-rupanya wanita tersebut salah rumah. Tidak hanya itu, lelaki tersebut juga mengeluarkan kata-kata kesat dalam bahasa Melayu.

Rupa-rupanya lelaki tersebut adalah rakyat Malaysia dikenali sebagai SP3CK. Lelaki tersebut adalah seorang penerbit dan pencipta lagu serta pernah bekerja dengan artis Korea terkenal seperti CHEETAH, Ravi dari VIXX, T-ARA, Vasco dan EXID.

Komen Netizen

komen mengenai makcik

Baca Juga: Hanya pegang tangan berjalan di tasik – ‘Atok’ Squid Game nafi buat hal tak senonoh

Baca Juga: Kontroversi “kerajaan zina”: PN terbukti amal budaya politik fitnah