Malang tak berbau, wanita ini maut selepas jatuh tebing setinggi 300 meter

  • Post author:

Malang tidak berbau, nasihat itu sering diungkap bertujuan mengingatkan kita bahawa musibah hadir tanpa sebarang tanda atau pun isyarat.

Bagaimanapun, baru-baru ini dilaporkan seorang wa­nita meninggal dunia selepas terjatuh dari tebing setinggi 304 meter.

Lebih tragis, sebelum menemui ajal, wanita itu pada mulanya tergelincir ketika mendaki sebuah gunung di Itali.

Kemalangan berlaku sekitar jam 4 petang (waktu tempatan), Ahad lalu ketika mang­sa, Maria Cristina Masocco mendaki Pergunungan Dolomites, wilayah Veneto yang memiliki  puncak setinggi hampir 3,352 meter.

“Berita yang kami terima mengenai kematian tragis seorang wanita muda bernama Maria Cristina Masocco. Insiden berlaku petang tadi (Ahad lepas) di kawasan pergunungan, ia amat mengejutkan,” kata Datuk Bandar Feltre, Vivia­na Fusaro.

Menurut saksi kejadian, Masocco dilaporkan berjalan di lereng gunung apabila kakinya tiba-tiba tergelincir, menyebabkan dia terjatuh sambil menjerit dan hilang dari pandangan.

Rakan Masocco yang mendaki bersama-samanya segera menghubungi perkhidmatan kecemasan, yang kemudiannya mengerahkan sebuah helikopter penyelamat ke lokasi kejadian.

Bagaimanapun, mangsa dilaporkan telah meninggal dunia ketika bantuan kecemasan tiba.

“Saya menzahirkan rasa simpati yang ikhlas daripada semua masyarakat di sini, yang turut berduka cita di atas kehilangan mangsa,” kata Fusaro lagi.

Baca Juga: Buntu nak hilangkan sakit tekak, ini 4 petua yang anda boleh ikuti

Baca Juga: Amboi! Leka betul dua ekor si comel ni sampai tak perasan orang rakam dia