Manifesto PH tumpu isu dekat dengan rakyat

  • Post author:

“Memberi tumpuan kepada isu yang dekat dengan rakyat,”

Demikian menurut Setiausaha Agung Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengenai manifesto pakatan itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.

Saifuddin berkata, manifesto berkenaan dirangka dengan mengambil kira pengalaman PH sebagai kerajaan.

“Sebagai persiapan menghadapi PRU15, kita mewujudkan jawatankuasa manifesto yang diberi tugas menyusun tawaran PH pada pilihan raya kali ini.

“Manifesto ini mengambil kira pengalaman (PH) menjadi kerajaan dengan memberi fokus isu-isu yang dekat dengan rakyat. 

“Sebelum penamaan calon PH, kita akan melancarkan manifesto ini untuk PRU15,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Konvensyen Pakatan Harapan (PH) di Ipoh Convention Center, semalam.

Tambah Saifuddin lagi, biar apapun ramalan ditujukan kepada PH, ia sama sekali tidak melunturkan semangat mereka untuk kembali menjadi kerajaan.

“Mereka kata PH tiada masa depan, berpecah belah, tidur satu bantal mimpi lain, masa depan kelam dan gelap, Insya-Allah, satu bulan daripada sekarang, berkat doa, kerja kuat dan satu hati kita akan dapat kembali memimpin Putrajaya,” katanya.

Baca Juga: Sebak baca komen saudara terdekat, rupanya kakak adik sangat rapat

Baca Juga: “Macam ada unsur sabotaj”, netizen berang tiket ‘flight’ naik mendadak lepas satu jam tarikh PRU diumum