MAQIS rampas sarang burung walet tiada permit

  • Post author:

Sebanyak 150 kilogram (kg) sarang burung walet telah diproses bernilai kira-kira RM250,000 dirampas Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS).

Sarang burung walet yang mahu dieksport ke Vietnam itu, dirampas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada Khamis lalu.

Pengarah MAQIS Selangor, Mohd Sobri Md Hashim, memaklumkan hasil pemeriksaan pada 1 tengah hari yang dijalankan pegawai dari MAQIS dengan kerjasama Polis Bantuan Malaysia Airport ke atas seorang lelaki warga Vietnam mendapati,15 kotak gabus dibawanya tidak mempunyai dokumen sah seperti Eksport Permit dan Sijil Kesihatan.

“Berikutan itu, sarang burung yang telah diproses seberat 150kg itu telah ditahan untuk tindakan lanjut,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mohd Sobri berkata, perbuatan mengeksport produk hasilan haiwan tanpa permit sah adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 11(2) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia2011 [Akta 728] yang boleh dihukum di bawah Seksyen 11(3) akta sama.

Jika disabitkan kesalahan, boleh didenda maksimum RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali.

Baca Juga: Syafiq Kyle dan Mimi Lana kembali bersama, bakal berkahwin tahun depan

Baca Juga: Covid-19 mutasi lagi, jadi lebih kebal terhadap imunisasi