“Masa adik kahwin bukan main mak sponsor semua, bila time aku mak siap curi lagi duit salam kaut tu”

Perhubungan sesama ahli keluarga ada kalanya menimbulkan perselisihan faham.

Namun sebagai manusia yang matang, andai berdepan dengan situasi tersebut perlulah mengambil inisiatif untuk mendamaikan kembali hubungan yang keruh lebih lebih lagi bersama dengan ahli keluarga.

Seperti wanita ini yang kerap kali dibuli oleh ibunya sendiri namun tidak pernah bertanyakan soal itu hingga menimbulkan syak wasangka di dalam diri sendiri.

Salam semua. Aku tak pasti aku terlalu sensitive atau perasaan je. Tapi kalau terlalu sensitive benda ni sebenarnya dah lama. Aku berani nak meluah lepas terbaca kisah keluarga n4rsistik. Aku kenalkan diri sebagai Deeja.

Ada 3 abang dan 2 adik perempuan. Hubungan aku dengan adik perempuan nama Alia ni tak ngam sebab dia selalu berpura – pura depan semua orang. Seolah-olah kalau apa apa berlaku dia lah m4ngsa. Apa yang buat aku terasa lagi – lagi dengan ibu dan ayah aku adalah mereka selalu cakap dekat aku jangan beza – bezakan adik beradik.

Masalahnya adik aku tu asyik buat hal meny4kitkan hati aku berbanding adik beradik lain. Mak ayah aku bukan nak nasihatkan adik aku tapi selalu suruh aku yang mengalah suruh aku layan elok – elok. Padahal aku takde buat apa-apa, hanya tak bercakap je dengan dia sebab kalau aku bercakap ada je benda yang dia buat aku s4kit hati.

Adik aku ni pernah mencuri duit ayah aku, duit mak aku, rantai mak aku sampai tergadai la. Tapi mak aku tetap maafkan dan tatang sepenuh hati. Masa adik aku kahwin macam-macam mak aku sediakan tapi giliran aku kahwin semua atas aku 100%.

Sampaikan duit salam pengantin pun mak aku ambik bahagian dia dulu (mula – mula dia cakap dia nak uruskn bahagian makanan tapi akhirnya aku kena bayar jugak padahal yang mak aku cari tu mahal nak m4mpus tapi sebab dia nak bagi kat member dia kan). Bab ni takpe la. Aku redha jela.

Yang paling aku terasa layanan mak aku, bila aku balik rumah mak ayah aku dengan harapan dapat berbuka sama – sama, tapi dorang pergi berbuka di surau. Tapi kalau adik atau anak – anak lain balik, beria masak itu ini. Sedih aku.

Masa makan di kedai, aku, suami dan anak sampai lambat sikit. Maksudnya mak aku dah order siap-siap dah apa nak di makan bersama. Masa ni abang aku dan family dia ada. Bila makanan sampai kami tunggu azan dulu.

Buka sekadar alas perut dan pergi solat. Lepas tu smbung makan. Apa yang sedihnya mak aku ambik lauk siap – siap untuk anak buah aku dan abang aku. Yang tinggal dalam pinggan lauk tu sikit je. Dah seolah-olah sisa je. Sedih aku padahal aku depan mata.

Anak sed4ra aku dah menjerit – jerit cakap cukup nenek cukup nenek. Tak mau dah (sebab pinggan penuh dengan lauk). Tapi yang tinggal kat aku dan suami tulang dan isinya yang sisa – sisa sahaja. Bab bilik rumah pulak, semua adik beradik aku dah kahwin kecuali si bongsu.

Dan aku ada bilik sendiri (dari kecik aku tak pernah ada bilik sendiri tapi lepas pindah ada la peluang dapat bilik sendiri). Bila semua berkumpul mak aku suruh aku kongsi bilik dengan abang aku sebab kak ipar akan nak selesa padahal sebelum ni dorang menumpang dekat bilik adik bongsu aku yang perempuan tu.

Padahal bilik aku tu siang hari dah dijadikan bilik perempuan untuk sed4ra – sed4ra perempuan aku tumpang solat, baring apa semua. Jadi bila malam aku nak la privacy aku, anak dan suami sebab aku masih lagi menyusu anak. Sedih tau, asyik aku je kena mengalah.

Untuk pengetahuan semua mak ayah aku dah pencen, jadi masanya banyak terluang. Mak aku suka sangat ke rumah abang aku di pahang, terengganu, perak, melaka. Tapi rumah aku di negeri sembilan tak pernah sekali pun jejak padahal aku dah dua tahun pindah sini.

Jarak shah alam ke rumah aku sejam sahaja. Tapi sekali pun tak pernah datang. Masa aku pindah dulu aku mengandung. Angkat barang dengan suami sahaja walaupun jenuh aku cakap aku nak pindah sekian hari sekian tempat. Sikit pun tak de rasa nak tolong.

Tapi abang aku nak pindah, kalut tolong carikan rumah sewa. Sanggup ke melaka ulang alik sebab nak pergi tengok rumah sewa. Tu baru tinjau tinjau, masa pindah 3 – 4 kali pergi sana. Padahal nak ke sana lalu depan rumah aku je. Tapi tak singgah. Sedih kan.

Aku ajar anak aku jangan r4mpas barang dekat tangan orang (anak buah aku yang lain). Alhamdulliah anak aku faham. Kalau nak apa apa mintak. Ada suatu hari adik aku bagi mainan dekat anak aku. Elok je dalam pastik tapi mak aku r4mpas pergi letak dekat tempat tinggi. Katanya nanti sepah.

Ya Allah terasa sungguh aku. Padahal anak sed4ra aku yang lain buat sepah satu rumah tak pernah pun mak aku buat macam tu. Anak aku kalau main 1 mainan, yang lain dia takkan sentuh. Sedih kan.. Ada sekali tu aku s4kit sangat.

Mak aku tahu tapi takde pun datang ziarah aku. Ada sekali aku nak ke hospital jadi terp4ksa tinggalkan anak kejap dekat rumah mak aku sebab rumah mak aku paling dekat dengan hospital tu. Kalau nak tinggal rumah pengasuh aku jadi kesian sebab sampai lewat malam nanti.

Kalau dengan family sendiri aku lega la. Lepas tu aku dapat balik awal jam 12 tengahari. Masa sampai rumah mak terus mak cakap penat nak jaga anak aku itu ini. Padahal anak aku paling senang dijaga antara anak-anak sed4ra aku.

Ni apa yang adik beradik aku cakap sebenarnya. Kat sini aku dah terasa. Aku dengan keadaan lemah terus ambik anak masuk bilik. Ada sekali tu adik aku kat johor s4kit perut. Mak aku dengan ayah aku subuh – subuh terus gerak ke sana. Apa perasaan korang?

Masa aku yang memang betul – betul s4kit teruk takde pulak mak ayah aku nak datang. Sampaikan aku pergi hospital dan uruskan anak sendiri. Tapi adik aku tu, mak ayah aku siap bawak balik anaknya yang dah 5 tahun tu ke shah alam.

Padahal anaknya takde la perlukan perhatian sangat dah berbanding anak aku yang umurnya 10 bulan. Alasan nak bagi adik aku rehat tenang. Bila anak sed4ra aku tu buat sepah dan k3ncing merata, mak aku tak pernah bersungut kat adik aku.

Dia bagitahu aku je untuk melepaskan perasaan. Tapi depan adik beradik aku tetap manjakan sebab nak jaga hati dorang. Bila adik beradik aku balik rumah mak aku, semua dapat layanan baik, dimasak masakan sedap – sedap.

Kalau aku balik, mak aku cakap mak tak masak ni. Pandai – pandai la aku dengan laki aku cari makanan. Ada sekali tu aku cakap dalam perjalanan nak balik, masa tu abang aku pun dalam perjalanan balik jugak. Tapi tak bagitahu mak aku. Dorang sampai dulu.

Aku sampai dalam 30 minit kemudian. Lepas tu aku sampai tengok dorang tengah makan tapi lauk dah habis. Mak aku cakap la ingatkan main – main. Lauk habis dah la. Ni tinggal sikit ni mak nak ratah. Aku pun cakap takpela nanti keluar beli.

Tetiba anak sed4ra aku cakap nak makan lagi nak tambah lagi. Terus mak aku cakap kejap ye nenek masak. Apa perasaan korang? Ni semua adik beradik aku berpakat nak berbuka hari ahad sebab aku keje hari Sabtu. Tapi mak aku tetap nak buat makan – makan hari Sabtu. Sedihkan.

Bila abang aku ajak pergi mana – mana laju je boleh siap sponsor lagi. Bila aku ajak pergi air terjun je, terus cakap nanti semua datang la kita pergi. Bila aku bagi idea untuk buat family day, mak aku terus cakap nak collect duit.

Padahal kalau abang atau adik aku cakap, atau ajak ke mana-mana sikit pun dorang tak keluarkan duit sendiri. Pergi sunway lagoon pun sponsor semua. Padahal tahu aku ada dekat area berdekatan tapi takde ajak. Sedih kan.

Haritu pun pergi kebun buah, mak aku belikan ticket untuk family abang dan adik aku. Aku kena beli sendiri. Padahal kitaorang sampai sama – sama. Dulu mak aku selalu cakap dekat adik beradik dia yang dia tak suka arw4h nenek dan atuk layan dorang adik beradik tak adil.

Siap keluarkan ayat, tak sedar ke dalam diam atuk dan nenek aku tu derh4ka dekat ana k- anak. Tapi sekarang mak aku pulak buat benda yang sama kat aku. Doakan aku kuat ye.. – Deeja Khalid (Bukan nama sebenar)

Baca juga: “Penat melayan tekak bini hari hari nak makan mahal, bila nak pinjam duit tahu pulak dia marah”