Cuti sekolah bukan sahaja menjadi kegemaran pelajar tapi juga ibu bapa yang kuat berjalan. Pastinya waktu begini akan dimanfaatkan dengan melawat negeri lain dan membeli belah buah tangan di negeri orang.
Namun apa yang menjadi isu ialah peniaga yang hanya menaikkan barang ketika musim sekolah untuk mencekik darah pelanggan. Peniaga tahu semahal mana sekalipun harga yang diletakkan pasti akan ada pembelinya.
Satu laman di Facebook Teganukita menceritakan mengenai kenaikan harga semasa cuti sekolah di Terengganu.
Peniaga Cekik Darah.
Sekarang musim cuti persekolahan, ramai yang akan bercuti ke Terengganu. Kelmarin pun sudah penuh kereta bernombor plate luar memenuhi jalan raya di Terengganu, rumah inap desa dan hotel juga dikhabarkan penuh.
Syukur dapat melihat bumi Terengganu dipenuhi pelancong, pasti rezeki peniaga melimpah. Namun, di sebalik itu, sedikit ada rasa terkilan, apabila ada peniaga kita yang mengambil kesempatan menjual barang dan makanan dengan harga sangat tinggi.
“Admin terima laporan ada pelancong singgah makan di restoran, kemudian masa nak bayar terkejut dengar bil.
“Bila ini berlaku, rosak nama negeri kita. Hilang minat pelancong untuk terus berkunjung ke sini, kita juga yang rugi.
“Jadi pesan admin, jangan lah melampau sangat nak cari untung pun.”
Antara komen netizen:
Betul admin. Saya orang Terengganu, ramai jiran dan rakan puji Terengganu ada banya tempat menarik dan orangnya peramah tapi bab membeli-belah ini ramai yang tak puas hati. Mahal mengcekik darah,” komen Masitah.
“Pasar Payang, warga tempatan dilarang beli pergi masa cuti sekolah, sebab yahudi akan main peranan, sekian,” komen Syazwan.
“Berniaga lah secara jujur, tak kiralah cuti sekolah atau tidak, InsyaAllah kalau dah tertulis rezeki tu tak ke mana,” komen Syibrah.
“Sebab itu ada orang takut nak berjalan-jalan ke tempat lain ketika cuti sekolah sebab takut terbeban dengan kos belanja. Bajet lari, tetapi pada yang tak kisah dan telah sedia hadapi benda ini, ini sudah menjadi normal buat mereka,” komen Zaidah.
Baca Juga: Guna sistem giliran untuk bantu urusan ibu bapa, wanita cuba elak bergaduh dengan adik beradik
Baca Juga: Seorang ayah OKU hilang upaya cari nafkah untuk keluarga akhirnya…