Lee Zii Jia menjadi perhatian umum apabila buat keputusan untuk menarik diri daripada menyertai temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022. Ternyata usaha tersebut gagal apabila dia tersingkir daripada saingan Kejohanan Badminton Dunia.
Banyak kesilapan dapat dilihat oleh Lee Zii Jia terutamanya di pusingan ketiga Kejohanan Badminton Dunia di Tokyo, Jepun.
Pada aksi di Gimnasium Metropolitan Tokyo kelmarin, Zii Jia akur gagal mencapai sasaran untuk menjadi juara dunia selepas tewas dalam aksi tiga set 19-21, 21-11, 19-21 kepada pemain China, Zhao Jun Peng.
Kesilapan mudah sebab kekalahan
“Saya fikir saya banyak melakukan kesilapan pada perlawanan hari ini (kelmarin). Selain itu, Zhao (Jun Peng) juga bermain sangat baik dalam keseluruhan permainan,” kata pemenang kejohanan Seluruh England (All England) 2021 itu.
Dia juga mahu belajar untuk kekal tenang dan memastikan corak permainannya lebih konsisten menjelang kejohanan akan datang.
“Sasaran saya selepas ini adalah untuk pastikan permainan lebih stabil, selain bermain dengan lebih sabar. Saya juga mahu memastikan agar dapat mengawal permainan dengan lebih baik nanti,” ujar Zii Jia.
Kekalahan itu bukan sahaja menyaksikan hasratnya untuk menjadi juara dunia tidak kesampaian, malah turut gagal mengulangi pencapaian ketika menewaskan Jun Peng di suku akhir Terbuka Jerman Mac lalu lapor Kosmo.
Baca Juga: Ronaldo mahu beli kelab golf dan rancang hendak robohkan kerana menganggu pemandangan rumahnya
Baca Juga: Gelandangan hias kaki lima jejantas sebagai bilik tidur, siap sangkut langsir