Masuk pertandingan suka-suka sahaja, Ifa Raziah tak hadap pun RM100 ribu

Tak lepas daripada kontroversi yang melanda diri, kini Ifa Raziah dikatakan menyanyi sumbang lagu asal nyanyian Ella, Sepi Sekuntum Mawar Merah ketika minggu ketiga pertandingan ‘Terpaling Juara’.

Namun tidak tahan dengan kritikan netizen, Ifa Raziah membalas komen seorang pengguna media sosial yang menyatakan nyanyian pada pertandingan tersebut sumbang.

“Kau siapa nak sound-sound aku ni nyanyi sumbang ke tak. Aku tak kenal kau pun dalam industri.”

Faktor usia penyebab kelaut

Bagi Ifa, umurnya sudah mencecah usia 50 tahun jadi kualiti suaranya kalau nak disamakan dengan zaman muda juga sudah tidak sama. Dia juga mempertikai pengguna tersebut dengan menyuruh ibu pengguna yang sudah berusia untuk menyanyi juga.

“Semua artis akan melalui fasa bila semua dah berumur, baik Hollywood, Kollywood atau Greenwood. Semua yang dulu ada high pitch tak akan dapat suara macam 20 ke 30 tahun lalu.

“Jadi hormat la sikit kami yang dah tua. Jangan bandingkan dengan budak-budak muda, memang kami tak mampu nak lawan.

“Kau yang muda pun suara tak ke mana, aku nak lihat suara kau masa umur 50 tahun nanti. Masa akan tiba untuk semua.”

Masuk pertandingan untuk suka-suka

Ifa dikatakan hanya menyertai pertandingan ini sekadar suka-suka dan bukannya untuk memenangi wang tunai tersebut.

“Aku masuk pertandingan ni suka-suka dan bukan sebab duit, Setakat RM100 ribu tu aku pun ada.”

Baginya hidup ini hanya perlu santai dan tak perlu jadikan isu kecil sebagai masalah besar. Dia juga tidak kisah jika tersingkir kerana dia adalah Ifa Raziah, tersingkir atau tidak orang masih mengenali dirinya.

Baca Juga: Sengaja buat live sembahyang, Ifa Raziah nak buktikan diri solat

Baca Juga: Bergelek di majlis akikah, Ifa Raziah mohon maaf janji tidak kongsi hantaran undang kecaman