Mat Sabu beri bayangan pertahan kerusi Parlimen Kota Raja

  • Post author:

Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu tidak menolak kemungkinan mempertahankan kerusi Parlimen Kota Raja pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) nanti.

Menurut Mohamad, beliau sememangnya akan kekal bertanding bersama blok Pakatan Harapan (PH).

“Saya belum tentu lagi bertanding di kerusi mana. Jangkaan di tempat lama, pengumumannya akan kita beritahu kemudian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Jelajah Mega Pakatan Harapan (PH) Selangor di Padang Dewan Kampung Assam Jawa, malam tadi.

Untuk rekod, pada PRU-14, Mohamad memenangi Parlimen Kota Raja dengan majoriti 71,142 undi menewaskan calon Pas, Mohamed Diah Harun dan V. Gunalan (BN).

Baca Juga: Lelaki terkotor di dunia meninggal dunia di usia 92 tahun, anda pasti terkejut dengan sebab kematian

Baca Juga: PRU-15: PKR beri bayangan letak MB Selangor di Parlimen Gombak