Mayat nelayan ditemui tersangkut pada enjin bot

  • Post author:

Mayat mangsa terakhir tragedi bot nelayan yang karam pada 14 September lalu, ditemui tersangkut pada tali sawat enjin, semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, mayat Chia Hock Neng, 60, ditemukan pada jam 4.40 petang oleh pasukan bomba dan penyelamat selepas 14 hari tragedi itu berlaku.

“Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Jeti Maritim Batu Pahat sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di sini untuk bedah siasat.

“Sebelum penemuan itu, bot nelayan berkenaan telah diapungkan dan ditarik kira-kira 500 meter dari pantai Teluk Hailam,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan.

Seramai 22 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rengit dan BBP Skudai, dikejarkan ke lokasi sebaik menerima laporan penemuan mayat mangsa berkenaan.

Ketua Operasinya, Penolong Penguasa Bomba Othman Mohd Baker memaklumkan, pihaknya mengambil masa kira-kira 30 minit sebelum mayat mangsa berjaya dikeluarkan dari dalam bot berkenaan.

Pada 14 September lalu, sebuah bot yang dinaiki empat nelayan karam dan tenggelam akibat cuaca buruk dan ombak besar.

Baca Juga: Kes wanita pakai ihram di Makkah sudah selesai hampir sebulan, JAIPk beri kaunseling

Baca Juga: Pemakaian pelitup muka ketika naik kapal terbang tak wajib