Seorang wanita bernama Zahara ditemukan di dalam perut ular sawa sepanjang enam meter, Isnin lalu.
Zahara bekerja sebagai penoreh getah tinggal di daerah Tanjung Jabung Barat, dilaporkan hilang sejak Ahad lalu.
“Kami mencarinya di dalam hutan. Pagi ini (semalam) kami temui Zahara di dalam perut ular itu,” menurut seorang penduduk Desa Terjun Gajah.
Menurut laporan Kompas, kira-kira 300 penduduk mencari Zahara di kebun getah tersebut.
Pada mulanya, penduduk tidak menemui sebarang kesan menunjukkan lokasi wanita berkenaan.
Keesokan paginya iaitu kira-kira 9 pagi semalam, penduduk menemui seekor ular sepanjang enam meter.
“Ular itu berjaya ditangkap dan kemudian dibunuh penduduk.
“Mengesyaki perut haiwan itu besar, ia dibedah. Di dalamnya, kami menemui mayat Zahara.
“Ular ini adalah betina kerana bentuknya yang pendek tapi besar. Seminggu lalu, ada penduduk yang menangkap ular yang lebih panjang iaitu kira-kira lapan meter, tetapi ia terlepas kerana saiznya yang besar,” kata Birin.
Baca Juga: Pelumba MotoGP pun kenal Hairul Azreen ni pelakon
Baca Juga: Jarak umur 37 tahun tidak halang pasangan ini jalin cinta