Mayat wanita ditemui tersangkut di tingkat 20 kondominium

  • Post author:

Seorang wanita dipercayai terjatuh dari tingkat 28 sebuah kondominium di Damansara Perdana, Petaling Jaya, sebelum mayatnya ditemui tersangkut pada belebas tiang tingkat 20 premis tersebut.

Pasukan bomba dan penyelamat mengambil masa lebih sejam untuk membawa naik mayat wanita berkenaan.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, laporan kejadian diterima jam 8.09 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Damansara ke lokasi.

Katanya, anggota bomba menggunakan teknik penyelamatan dengan tali untuk menaikkan mangsa.

“Mangsa yang dilihat tidak sedarkan diri  dibawa masuk ke dalam bangunan melalui tingkap di tingkat 20 sebelum disahkan sudah meninggal dunia.

“Tugas penyelamatan selesai sepenuhnya pada jam 10.55 pagi dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan seterusnya,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini. 

Baca Juga: [VIDEO] Selain ada suara yang sedap, mata netizen turut terarah kepada ‘benda’ dipegang lelaki ini

Baca Juga: Larikan rantai emas bernilai RM19,000, lelaki sanggup berenang sungai penuh ular untuk ke Myanmar