Restoran makanan segera terkenal McDonald di Jepun dikatakan akan menaikkan harga makanan sehingga lebih kurang 60 peratus disebabkan oleh peningkatan kos input dan turun naik pertukaran mata wang.
Isu dan notis mengenai kenaikkan harga makanan itu dikatakan telah dikeluarkan oleh syarikat itu sendiri semalam. Kenaikan ini adalah untuk kali kedua pada tahun ini apabila Jepun bergelut dengan tekanan inflasi dan kejatuhan yen ke paras terendah dalam 24 tahun.
Ini menjadikan bahan-bahan import lebih mahal. Peningkatan kos pengeluaran dan kejatuhan yen telah mendorong kenaikan harga makanan sebanyak 60 peratus di kebanyakan restoran utama Jepun, menurut tinjauan Tokyo Shoko Research yang dikeluarkan baru-baru ini.
“Mulai Jumaat ini, harga hamburger Big Mac akan meningkat kepada ¥410 (AS$2.85/RM13.11) daripada ¥390 (RM12.44),” kata McDonald’s Holding Company Japan Ltd dalam satu kenyataan, mencerminkan kenaikan ¥10 (RM0.32) hingga ¥30 (RM0.96) pada kebanyakan item.
Big Mac berharga AS$5.15 (RM23.68) di AS, menurut indeks harga majalah The Economist. Perbezaan harga menunjukkan bahawa mata wang Jepun telah susut sebanyak 45 peratus, berdasarkan kadar pertukaran yang dikemas kini kali terakhir pada Julai lalu, lapor Reuters.
McDonald’s Japan menaikkan harga burger keju daripada ¥140 (RM4.47) kepada ¥180 (RM5.74) mulai Jumaat, kenaikan kedua untuk tahun ini.
Baca Juga: Warisi harta datuk pengusaha video porno, gadis ini dikatakan lebih kaya dari Ratu Elizabeth
Baca Juga: Tular memo pegawai kanan polis diminta bayar RM30 untuk kenduri kahwin anak Ketua Polis KL