Memandu sambil makan, minum boleh kena denda di Australia

  • Post author:

Memandu atau menunggang kenderaan sememangnya memerlukan lebih tumpuan apatah lagi ia melibatkan nyawa manusia.

Sebarang penguatkuasaan undang-undang yang dilaksanakan tidak lain dan tidak bukan adalah untuk kebaikan kita semua.

Baru-baru ini di Australia, pemandu kereta di sana boleh didenda jika mereka ditangkap dan didapati sedang makan dan minum ketika memandu.

Jabatan Pengangkutan Queensland mengingatkan mengenai undang-undang tersebut kepada pemandu menerusi Facebooknya.

Ia menyatakan bahawa pemandu boleh didenda A$575 (RM1,747) dan penolakan tiga mata pemanduan jika tidak mempunyai kawalan yang betul ke atas kenderaan atau jika memandu tanpa berhati-hati.

Di New South Wales, pemandu yang ditangkap ketika sedang makan atau minum boleh didenda sebanyak A$469 (RM1,425 ) dan penolakan tiga mata pemanduan.

Dalam pada itu di Northern Territory, pemandu juga boleh didenda sebanyak A$150 (RM455.93) untuk pemanduan cuai, manakala makan atau minum ketika memandu akan turut dipertimbangkan akan dikenakan denda.

Di Tasmania, pemandu turut didenda sebanyak A$173 (RM525.84 ) jika makan atau minum selain penolakan tiga mata pemanduan.

Baca Juga: Tak sanggup putus dengan teman lelaki lepas bergaduh, pelajar tingkatan 5 terjun bangunan

Baca Juga: “Aduh adik pandai makan ulam!” netizen terkesima tengok kanak-kanak ni makan lauk kampung