Umum mengetahui Daphne Iking memeluk Islam sebelum berkahwin dengan suaminya sekarang, jadi ramai yang mempersoal sama ada dia rindu untuk makan daging khinzir namun pelakon itu menolak dakwaan kerana dia memang tidak makan daging tersebut walaupun tidak memeluk Islam.
Keluarga banyak bela haiwan
Menurut Daphne, dia tidak suka makan daging khinzir kerana keluarganya membela banyak haiwan termasuk haiwan berkenaan.
“Hampir setiap hari kami bagi haiwan makan dan minum. Kalau orang tanya saya, saya jawab tak makan. Saya tak suka daging khinzir.”
Suami Daphne, Joe mengaku terkejut apabila isterinya sukakan haiwan yang dilarang sentuh dalam Islam iaitu anjing dan babi namun menghormati isterinya yang sememangnya terkenal sebagai pencinta haiwan.
“Daphne seorang yang cinta kepada haiwan atau mana-mana makhluk Tuhan. Pada mula saya terkejut melihat cintanya terhadap haiwan seperti khinzir dan anjing di kampung.
“Dia memberi penghormatan seperti bagaimana semua semua hidupan harus dihormati. Bagi saya sebagai seorang Muslim di Malaysia, kita telah dibiasakan untuk takutkan mereka dan menganggap mereka sebagai haiwan yang kotor.
“Saya rasa itu cara salah untuk membesarkan anak-anak kita,”kata Joe.
Baginya semua haiwan seperti itu perlu disayangi juga kerana ianya ciptaan Tuhan sama seperti manusia.
Baca Juga: Pengurus buat hal, Khairul Aming mohon maaf