Dalam hidup ini, sebenarnya macam-macam perkara menarik ada di sekeliling manusia, sehingga sampai satu tahap kita boleh menganggap ia juga sesuatu yang unik.
Terbaharu, seorang wanita dari negeri Texas, Amerika Syarikat yang memiliki ketinggian 205.7 sentimeter (sm) menerima pengiktirafan Guinness World Records kerana mempunyai kaki paling besar di dunia.
Agensi berita United Press International melaporkan, Tanya Herbert, dari bandar Houston dinamakan sebagai individu dengan kaki terbesar (wanita) selepas kaki kanannya diukur bersaiz 33 sm serta kaki kirinya bersaiz 32.48 sm.
Wanita itu perlu memakai kasut wanita bersaiz 18 atau kasut lelaki pada saiz 16 hingga 17, bergantung kepada jenama.
Menurut Herbert, dia terpaksa membeli kasut secara online memandangkan tiada kedai yang menjual kasut mengikut saiz dipakainya.
“Saya akan membeli beberapa pasang kasut paling besar yang boleh ditemui secara online.
“Kemudian, saya akan mengubahsuai kasut-kasut itu bagi menjadikannya lebih panjang dan lebar supaya ia boleh memuatkan kaki saya,” kata Herbert.
Herbert hanya 7.6 sm lebih rendah berbanding wanita tertinggi di dunia, Rumeysa Gelgi dari Turkiye yang mempunyai ketinggian 215.16 sm.
Baca Juga: Zarina Anjoulie tak kisah dikecam, buang tatu tidaklah sesakit yang digambarkan
Baca Juga: PRU-15: Pengundi positif COVID-19 perlu lapor dalam MySejahtera, dapatkan garis panduan mengundi