Menang loteri, ada sebab kenapa lelaki ini pakai kostum ketika tuntut kemenangan

  • Post author:

Setiap didikan dan pembentukan sahsiah seseorang anak bermula daripada ibu bapa itu sendiri.

Sekiranya didikan itu daripada cara yang baik, maka segala tingkah laku anak itu pastinya akan disenangi masyarakat sekeliling.

Menariknya, baru-baru ini ada seorang lelaki di China merahsiakan kejayaannya memenangi loteri berjumlah 219 juta yuan (RM143 juta) daripada isteri dan anaknya kerana bimbang mereka menjadi ‘malas’.

Bagi melindungi identitinya, lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai ‘Mr Li’ itu memakai kostum kartun berwarna kuning.

Dia memakai kostum itu ketika menuntut hadiah kemenangannya di pejabat loteri, minggu lalu.

Menurut Li, dia berasa seronok dengan kemenangan itu dan akan terus mendiamkan perkara berkenaan daripada pengetahuan keluarganya.

“Saya tidak beritahu isteri dan anak kemenangan ini kerana tidak mahu mereka menjadi terlalu malas dan selesa kerana mengetahui kami mempunyai duit yang banyak.

“Sebaliknya, saya lebih selesa jika kami hidup seperti biasa dengan anak saya boleh mencari kerja untuk masa depannya,” katanya.

Sebelum menuntut kemenangannya, Li tinggal selama seminggu di sebuah hotel kerana takut kehilangan tiket loteri.

Katanya, dia langsung tidak keluar daripada bilik dan hanya memesan makanan secara dalam talian.

Selepas membayar cukai, Li turut menyumbangkan sebahagian wang tersebut kepada badan kebajikan.

Baca Juga: “Nasib mengidam nak pegang memerang kak, bukan harimau” – netizen seloroh kepada akak mengandung

Baca Juga: Ketagih berkahwin sampai sukar tidur, ‘Raja Playboy’ kahwin 87 kali