Mengagumkan! Remaja ini hanya selera makan roti croissant selama lebih 10 tahun

  • Post author:

Kadang-kadang dalam hidup ini, ada beberapa kejadian yang berlaku di luar pemikiran kita, sekali gus mengundang rasa pelik.

Begitu juga dengan seorang remaja berusia 13 tahun di Britain ini yang mempunyai tabiat yang boleh dikatakan ‘lain daripada yang lain’.

Dia hanya makan croissant selama lebih satu dekad kerana bimbang untuk mencuba makanan lain selepas hampir tercekik ketika kecil.

Selain itu, Ciarra Franco hanya mahu menikmati pasta kosong sebagai menu makan malam.

Ibunya, Angela pula berkata, dia berusaha keras selama bertahun-tahun bagi memujuk Ciarra agar menjamu juga makanan lain.

“Sejak berusia dua tahun, satu-satunya makanan yang dia mahu makan secara kerap adalah croissant untuk waktu tengah hari dan pasta kosong ketika malam.

“Dia ada masanya cuba menikmati bijirin seperti emping jagung dan kerepek masin namun, hanya mahu menikmati croissant untuk makan tengah hari.

“Ciarra bukan sahaja cerewet dalam memilih makanan, bahkan ia agak mengecewakan apabila kami keluar makan atau membawa pulang makanan, dia enggan menyentuhnya,” kata Angela.

Namun, keadaan itu kini semakin berubah selepas Ciarra mendapatkan rawatan daripada seorang ahli hipnotis, David Kilmurry, yang pakar dalam merawat kanak-kanak dengan masalah memilih makanan.

Selepas enam minggu menjalani rawatan dengan cara mendengar muzik menenangkan sebelum makan, menggunakan kad pencapaian dan meluahkan ketakutannya, Ciarra kini sudah mula menyentuh beberapa makanan lain.

“Antara makanan kegemarannya kini termasuk ayam masak masam manis, kentang panggang dan buah nanas.

“Dia masih mencuba beberapa makanan baharu setiap hari dan ia amat hebat,” kata ibunya lagi.

Baca Juga: Cuba memotong motor lain sebelum terbabas, pasangan suami isteri maut

Baca Juga: Orang ramai ‘sekolahkan’ selebriti tampil imej ‘bertanduk