Malang tidak berbau, ungkapan nasihat itu sering diungkap bertujuan mengingatkan kita musibah hadir tanpa sebarang tanda atau isyarat.
Itu yang berlaku kepada seorang pekerja pembinaan di Turkiye yang berdepan insiden mengerikan, baru-baru ini.
Sebatang bar keluli tertusuk pada mukanya dan menembusi bahagian dalam wajah sehingga beberapa sentimeter dari otaknya.
Akhbar Daily Star melaporkan, Celal Sayar, 39, mengalami kemalangan itu apabila dia terjatuh ke atas sebatang bar keluli di sebuah tapak pembinaan, yang kemudian menembusi tulang pipinya hingga ke belakang mata.
Bar keluli itu menembusi tulang pipinya hingga ke belakang rongga mata, iaitu hanya beberapa sentimeter dari otaknya.
Pakar perubatan berjaya mengeluarkan bar keluli itu dari muka Sayar, sebelum dia kemudian dirawat di unit rawatan rapi.
Gambar kejadian memaparkan Sayar terbaring dalam keadaan tidak bermaya di atas katil hospital dengan sebatang bar keluli terkeluar dari sebelah kanan mukanya.
Sayar dianggap bertuah kerana masih hidup selepas kecederaan yang mengerikan itu didedahkan menerusi keputusan ujian imbasan X-ray 19 November lalu.
Bagaimanapun, laporan tidak menjelaskan keadaan Sayar ketika ini, sama ada dia sudah dibenarkan keluar hospital atau pun tidak.
Baca Juga: Anggap anak lelaki penerus keturunan, lelaki sanggup ceraikan isteri setelah
Baca Juga: [VIDEO] Ular depan bonet kereta, wanita ini dipuji sebab…