Menggayakan busana merah dan biru, netizen kata nampak macam ‘ikan laga’, buat ramai tergelak

  • Post author:

“Kenapa saya nampak gambar ini macam ikan laga. Maafkan saya,”

Itu komen secara berseloroh seorang netizen terhadap pakaian yang digayakan selebriti tanah air, Neelofa dan Mira Filzah.

Mereka menggayakan pakaian biru dan merah yang dianggap sama macam ‘ikan laga’ itu dalam program Next To Neelofa.

Perkara itu dikongsikan di akaun Instagram MeleTOP selepas seorang pengikut meninggalkan komen mengenai persamaan itu (ikan laga).

Perkongsian MeleTOP itu nampaknya telah membuatkan ramai terhibur, termasuk penyampai radio, Radin serta Neelofa sendiri.

“Hahahahaha…. Berdosa tak kalau gelak?,” tulis Radin.

“Hahahahahahaha I pun gelak,” jawab Neelofa kepada komen yang ditinggalkan Radin.

Walaupun disamakan macam ikan laga, tetapi peminat tetap memuji kecantikkan dua selebriti itu.

Baca Juga: Sempat belanja RM180,000 lepas pecah masuk gudang, wanita mengandung antara ditahan

Baca Juga: Terbaik lah! Tindakan gadis ni terhadap sekumpulan monyet undang rasa kagum netizen