Menggelikan! Wanita temui cacing dalam jejari ikan

  • Post author:

Seorang kanak-kanak berusia dua tahun hampir memakan seekor cacing yang ditemui dalam jejari ikan sebelum ibunya pantas menyedari kehadiran haiwan itu.

Akhbar Daily Star melaporkan, Rona Lovell, 28, mendakwa bahawa dia membeli jejari ikan tersebut di rangkaian sebuah pasar raya di North Yorkshire, England.

Dia ketika itu mahu memberi makanan tersebut kepada anaknya, Scarlett apabila menyedari terdapat seekor cacing dalam jejari ikan itu.

Beberapa gambar yang dikongsi Lovell menunjukkan cacing itu  berada pada hujung pinggan dengan panjangnya menyamai jejari garfu.

“Saya menemui cacing itu selepas memotong jejari ikan dan melihat terdapat ‘objek’ berwarna hijau di dalam makanan itu.

“Saya terus hilang selera makan. Ia amat memualkan,” katanya.

Kata Lovell, dia telah memberitahu perkara itu kepada jenama berkenaan dan setakat ini, masih belum mendapat maklum balas.

“Saya ingin menasihati anda semua bahawa walaupun anda menyangka  produk itu bagus, lebih baik sekiranya anda memeriksa semula keadaan makanannya.

“Produk-produk itu mungkin mempunyai parasit atau cacing, namun ia bukanlah sesuatu yang bagus untuk menemuinya pada makanan terutamanya makanan anak anda,” kata Lovell.

Baca Juga: Guna wang simpanan sebanyak RM1,000 untuk bina bangsal terapung, cuba selamatkan barangan rumah sebab banjir setiap tahun

Baca Juga: Sanggup jadi ‘jenazah’ demi anak-anak, Fazley dipuji ramai