Menggemparkan! Anak kambing mata satu dilahirkan di India

  • Post author:

Dalam hidup ini, kadang-kadang macam-macam benda pelik berlaku di sekeliling kita.

Ada yang melibatkan manusia, harta benda dan terbaharu yang menggemparkan adalah, seekor kambing betina melahirkan anak bermata satu di India.

Dua anak mata, kambing itu didapati bercantum di bahagian tengah dahinya dan ia turut berkongsi satu kelopak mata dan tumbuh secara bersebelahan.

Anak kambing itu dilahirkan Khamis lepas di bandar Sultanpur dan berita mengenainya tersebar luas sekali gus menyebabkan orang ramai berduyun-duyun pergi ke situ untuk menyaksikan sendiri keadaan haiwan tersebut.

Pemilik kambing aneh itu, Umesh Maratha berkata, dia belum pernah menyaksikan kelahiran sedemikian walaupun sudah menjadi penternak kambing selama bertahun-tahun.

“Orang ramai memberi reaksi pelik apabila menyaksikan kelahiran aneh itu, malah ada yang merasakan bahawa ia hampir menyamai manusia setelah melihat keadaannya,” katanya.

Kelahiran sulung induk betina itu juga tidak memiliki sebarang kecacatan lain dan keadaannya kelihatan sama seperti kambing biasa.

Di sebalik kecacatan yang dialami, anak kambing itu didapati sihat sepenuhnya dan mampu menjalani kehidupan normal.

Baca Juga: ‘Nyawa ada jual kat pasar selonggok RM5 kot’ – Warganet berang wanita selamba pegang bayi naik ‘flying fox’

Baca Juga: ‘Selera makhluk asing ni, jangan pelik-pelik boleh tak’