Menjijikan! Ada ulat sampah dalam kereta rupanya

  • Post author:

Kebersihan merupakan elemen penting yang perlu dijaga dan diambil kira dalam kehidupan seharian kita.

Persekitaran yang bersih seperti rumah, pejabat atau pun kereta pastinya akan mempengaruhi mood setiap individu.

Namun, baru-baru ini tular satu video seorang pencuci kenderaan terkejut apabila menemui ulat sampah yang sedang membiak di bawah alas kaki sebuah kereta.

Kereta tersebut dihantar ke pusat cuci kenderaan untuk dibasuh.

Menerusi video itu, kita boleh nampak keadaan dalam kereta tersebut telah dibuka sepenuhnya untuk membolehkan pencucian dilakukan secara terperinci.

Pemilik mengadu dia terhidu bau yang busuk sehingga memaksa dia membawa kenderaannya untuk dicuci.

“Buka ‘seat’ saja, terus ternampak dua ke tiga ekor ulat. Selak alas kaki nampak banyak ulat seperti sedang membiak.

“Kereta berbau busuk, hanyir dan menurut pemilik kereta, telur ayam pecah jadi punca,” jelasnya.

Rata-rata netizen meluahkan rasa jijik dan geli dengan bilangan ulat yang agak banyak itu.

“Jenis makan dalam kereta, air manis tumpah… lepas tu sisa-sisa makanan melekat celah karpet”

Kalau makan dalam kereta sekali pun, selepas makan, basuhlah, ‘vaccum’. Takkan jadi macam ni sekali, teruk sangat,” kata seorang pengguna.

Baca Juga: Jadi Perdana Menteri Malaysia untuk kali ke 3, Tun M mengaku masih berfungsi

Baca Juga: Wah! Permainan ni betul-betul mengimbau zaman kanak-kanak