Merajuk tak dapat ganja, lelaki sanggup duduk atas bumbung sampai dua hari

  • Post author:

Macam-macam perangai manusia pelik yang dapat kita lihat. Baru-baru ini seorang lelaki dari Thailand nekad duduk atas bumbung sampai dua hari hanya kerana tak dibenarkan hisap ganja.

Bagaimanapun, Kantaphi, 42, kini sudah turun dari bumbung rumahnya setelah berasa lapar sebelum dibawa ke hospital. Isteri Kantaphi mengakui suaminya merupakan penagih ganja lapor thethaiger.

Malah, katanya, dia terpaksa membawa suaminya dari Bangkok untuk tinggal bersama rumah mertuanya di daerah Kantharalak, wilayah Sisaket untuk menangani masalah ketagihannya.

Kejadian yang boleh dikatakan lucu ini bermua apabila Kantaphi meminta bapanya, Sathien Panyakom untuk memberikan ganja kepadanya namun bapanya itu tidak memiliki sebarang ganja.

“Namun, Sathien memberitahu dia tidak mempunyai ganja sehingga membuatkan Kantaphi merajuk lalu memanjat bumbung rumahnya kira-kira pukul 8.30 malam (waktu tempatan).

“Keesokan harinya, jiran dan beberapa rakan cuba memujuk Kantaphi untuk turun dari bumbung namun dia tetap duduk di atas walaupun ketika hujan lebat.

“Dia tidak bertindak agresif sebaliknya hanya mahu bersendirian di atas bumbung,” jelas laporan itu.

Polis di Kantharalak, Sukit Luangsakulthai turut mengunjungi rumah Kantaphi kira-kira pukul 3 petang namun gagal memujuknya untuk turun dari bumbung.

Setelah hampir 48 jam, Kantaphi akhirnya turun dari bumbung pada pukul 6 petang selepas berasa ‘terlampau panas dan lapar’. Kantaphi dikatakan kelihatan lemah dan dia dibawa ke Hospital Kantharalak untuk menjalani pemeriksaan.

Baca Juga: Penculik zaman sekarang dah upgrade, culik kucing dan minta tebusan RM6,000

Baca Juga: Jambatan sementara ‘Bailey’ rosak kerana banjir di Baling dah siap