Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pagi ini mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan beberapa buah negeri.
MetMalaysia memaklumkan, amaran itu dikeluarkan susulan hujan lebat serta ribut petir yang dijangka berlaku hari ini.
“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Perlis, Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang dan Kuala Muda), Pahang (Raub dan Bentong), Selangor , Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Kuala Pilah dan Jempol) sehingga jam 1 tengah hari nanti.
“Manakala keadaan sama dijangka berlaku di negeri Pahang (Rompin), Johor (Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru) sehingga jam 3 petang nanti,” maklum MetMalaysia menerusi Facebook rasminya.
Menurut MetMalaysia lagi, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Baca Juga: Khai Bahar mohon doakan ibu, masuk ICU sebab kegagalan buah pinggang
Baca Juga: Digelar secondhand dan kereta terpakai, Fatin Afeefa tak hirau cacian