Selepas misi cari jodoh di Rusia tidak berhasil, lelaki tertinggi di dunia Sultan Kosen membawa diri ke Florida, Amerika Syarikat (AS). Lelaki yang baru berusia 39 tahun itu sebelum ini mengembara dari Turkiye ke Rusia untuk mencari isteri yang sanggup melahirkan anak lelaki dan perempuan.
Petani Turkiye berketurunan Kurdish setinggi 251 sentimeter (sm) itu sebelum ini terbabit mempromosikan negara asalnya sebagai duta bagi pihak pelancongan, dia juga telah melawat 127 daripada 195 negara di dunia.
Pemegang Rekod Dunia Guinness (GWR) dalam satu temubual sebelum ini memaklumkan dia mahu pasangan dari Rusia yang mampu melahirkan seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan.
“Saya ingin membawa isteri saya pulang ke Turki. Saya tinggal di tempat bersejarah, di tenggara, tetapi agak jauh dari laut. Saya dengar wanita Rusia suka lelaki yang tampan dan sopan. Ia sepatutnya mudah.
“Seorang wanita Rusia yang jatuh cinta akan memuja lelakinya selama-lamanya,” katanya.
Pernah berkahwin namun bercerai sebab masalah komunikasi
Sultan pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita Syria setinggi 175 sm bernama Merve Dibo yang 10 tahun lebih muda daripadanya, pada 2013.
Selepas beberapa tahun berkahwin, mereka akhirnya bercerai akibat masalah komunikasi kerana dia berbahasa turki dan isterinya bertutur dalam Bahasa Arab.
Selepas kembali solo, Sultan pergi ke Moscow untuk mencari pengganti pada awal Disember tahun lalu, selepas mendengar wanita Rusia memiliki kecantikan yang luar biasa dan penyayang.
Oleh kerana usahanya mencari jodoh tidak berhasil, Sultan kini meneruskan pengembaraannya ke AS bagi menghadiri festival di Florida tanpa menyebut mengenai misi mencari cinta.
Baca Juga: Kereta Ferrari F1 Schumacher dijual pada harga RM69.7 juta
Baca Juga: ‘Kereta Batman’ kena handle basikal budak – Ini reaksi usahawan burger