Monyet ini berkali-kali kejut mayat tuannya buat netizen sebak

  • Post author:

“Alaa siannya dia.. dengan kita-kita terkeluar air mata,”

Demikian antara komen netizen yang sebak melihat tindakan seekor monyet ketika majlis pengebumian yang sememangnya menyentuh hati.

Baru-baru ini tular satu video apabila seekor monyet memberikan penghormatan terakhir kepada seorang lelaki.

Video tersebut menunjukkan monyet itu duduk berdekatan kepala lelaki itu yang sering menjaga dan memberi makan kepadanya, sebelum dia meninggal dunia, dalam kejadian di Batticaloa, Sri Lanka.

Dalam video itu, dapat juga dilihat haiwan berkenaan membelai-belai kepala, malah tunduk kepadanya.

Apa yang menyedihkan, monyet itu juga sempat mencium mayat di hadapannya dan apabila menyedari lelaki itu tidak menunjukkan sebarang reaksi, haiwan itu cuba mengangkat pula tangannya.

 

Rata-rata netizen yang melihat video itu menyatakan rasa sebak dengan tindakan monyet itu, apatah lagi ia adalah seekor binatang.

“Haiwan pun pandai hargai & sayang manusia,”

“Kesiannya tengok.. moga tuannya tenang di sana..,”

Baca Juga: Curi-curi keluar rumah, remaja tiada lesen jumpa JPJ lepas sesat guna ‘waze’

Baca Juga: Gara-gara empat cincin ‘sangkut’ di jari, pesakit ini dibantu anggota bomba