Monyet paling kaya, nama terdaftar atas tanah seluas 32 ekar

Tidak hanya mendapat layanan baik daripada manusia, sekumpulan monyet di India turut dihadiahkan tanah seluas 32 ekar sebagai tanda penghormatan malah haiwan ini dialu-alukan dalam majlis perkahwinan juga.

Bukan sahaja dihadiahkan tanah, malah penduduk Kampung Upla, Osmanabad turut memberi haiwan tersebut makan setiap kali di hadapan rumah mereka lapor ZeeNews.

Ketua Kampung Bappa Padwal menjelaslan bahawa tanah seluas 33 ekar itu didaftarkan atas nama semua monyet yang tinggal di kampung tersebut.

“Walaupun dokumen dengan jelas menyatakan tanah itu milik monyet, tidak diketahui siapa yang mencipta peruntukan ini untuk haiwan dan bila ia dilakukan.

“Pada masa lalu, monyet adalah sebahagian daripada semua ritual yang dijalankan di kampung itu.

“Kampung ini adalah rumah kepada hampir 100 monyet sekarang dan bilangan mereka berkurangan sejak beberapa tahun kerana haiwan itu tidak tinggal lama di satu tempat,” katanya.

Menurutnya, Jabatan Hutan menjalankan kerja-kerja perladangan di atas tanah itu dan terdapat juga sebuah rumah terbiar di plot itu yang kini runtuh.

Baca Juga: Gara-gara berebut tempat duduk, nyawa adik melayang dibaling pisau

Baca Juga: Isu pendidikan lagi, kali ini soal kemudahan di sekolah yang sudah daif ekoran kipas siling jatuh atas murid