PUCHONG, 27 JANUARI 2021 - Wawancara bersama pelawak, Shuib SEPAHTU di Taman Putra Perdana di sini, hari ini. Gambar; MUHAMAD IQBAL ROSLI/Pemberita; ROSIHAN, FAHMY, AIDA

Nafi dirinya adalah suara di video Watie, Shuib mula main golf lepas pandemik

  • Post author:

Setiap bulan pastinya ada gosip mengenai Shuib dan wanita yang bakal menjadi suri hati barunya. Namun semua gosip ini ditepis oleh Shuib apatah lagi apabila dikatakan keluar bersama wanita lain ketika arwah Siti Sarah masih hidup.

Tular video pendek wanita yang dikenali sebagai Watie di media sosial, yang memperdengar suara yang dikatakan mirip Shuib dibalik kamera tersebut.

Penyebaran video tersebut di laman sosial membuatkan pelawak dan ahli perniagaan itu tampil menafikan suara berkenaan adalah dirinya atau mempunyai hubungan dengan wanita lain sebelum isterinya yang juga penyanyi Siti Sarah Raissuddin meninggal dunia.

Tegas Shuib lagi, segelintir pihak yang melulu membuat tuduhan bersandarkan video lama itu dirasakan tidak adil bukan hanya terhadap dirinya, malah kepada arwah Siti Sarah sendiri lapor Kosmo.

“Saya menafikan apa yang berlegar di media sosial berhubung satu video yang menunjukkan Watie sedang memukul bola golf dan ada kedengaran seperti suara saya.

“Ada yang menuduh saya sudah lama mempunyai skandal dengan wanita itu sejak 2019. Tuduhan itu sangat tidak adil, baik untuk saya mahu pun Allahyarham Siti Sarah,” katanya menerusi kiriman nota suara kepada media.

Mula main golf lepas pandemik

Bapa kepada empat cahaya mata itu turut menjelaskan video yang viral dimuat naik bertarikh April 2019, sedangkan dia hanya mula berjinak-jinak dengan sukan golf sekitar Mei 2020.

“Jika lihat balik tarikh yang tertera pada video yang tular itu adalah pada April 2019, sedangkan saya hanya mula memegang kayu golf selepas Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP).

“Ketika itu kerajaan memberikan kelonggaran kepada sukan golf, jadi saya buat keputusan untuk mencuba bagi mengelakkan kebosanan, malah saya ada menghubungi Sharnaaz menyatakan hasrat berkenaan.

“Mereka yang tidak percaya mungkin boleh semak kembali gambar yang saya muat naik di akaun instagram saya,” katanya lagi.

Suara boleh ditiru

Bagi menjelaskan suara lelaki yang kedengaran seakan seperti suaranya, Shuib berkata, perkara tersebut mungkin berlaku secara kebetulan.

“Kalau dengar semula rakaman itu memang perkataan nice’yang disebut mirip suara saya, tapi individu di sebalik video itu bukan saya.

“Suara itu memang tidak sama langsung. Biasalah kalau satu ayat senang dan boleh sama tapi suara itu bukan saya dan sangat kelakar.

“Setakat suara, semua orang boleh tiru dan mungkin ia satu kebetulan yang tidak disangka-sangka,” tambahnya.

Baca Juga: Pakai baju sama dikatakan bercinta, Shuib dikaitkan dengan wanita lain pula

Baca Juga: Akibat krisis ekonomi penduduk Lubnan terpaksa ‘rompak’ bank untuk keluarkan wang sendiri