Nahas MH17, tiga tertuduh dipenjarakan seumur hidup

  • Post author:

Detik memilukan buat rakyat Malaysia apabila khabar mengenai pesawat MH17 tumpas selepas ditembak jatuh di ruang udara Ukraine pada tahun 2014, kini boleh menenangkan hati ahli keluarga apabila Mahkamah Belanda telah mensabitkan kesalahan terhadap tiga tertuduh.

Seorang lagi tertuduh digugurkan dakwaan terhadapnya. Dua rakyat Rusia, Igor Girkin, Sergei Dubinskiy dan warga Ukraine, Leonid Kharchenko didapati bersalah atas dakwaan membunuh dan sengaja menyebabkan nahas pesawat Malaysia Airlines tersebut.

Ketua panel hakim, Hendrik Steenhuis berkata, ketiga-tiga tertuduh dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup. Namun kesemua defenda masih gagal menghadirkan diri ke Kompleks Kehakiman Schiphol di Badhoevedorp.

“Ketiga-tiga tertuduh dikenakan hukuman penjara seumur hidup,” katanya ketika membacakan keputusan akhir yang dinanti-nantikan waris keluarga 298 mangsa penumpang dalam tragedi.

Panel hakim itu sebulat suara mendapati Girkin, Dubinskiy dan Kharchenko bertanggungjawab memindahkan peluru berpandu BUK berkenaan dari pangkalan tentera di Rusia,

Walapupun tidak melancarkan misil, mereka masih didakwa kerana menempatkannya di tapak pelancaran. Bukti bagaimanapun tidak mencukupi untuk mendakwa Pulatov yang menjadi satu-satunya defendan yang diwakili peguam.

“Terdapat bukti jelas MH17 ditembak jatuh oleh peluru berpandu dan ia dilancarkan dari kawasan timur Ukraine yang dikawal puak pemisah pro-Rusia, Republik Rakyat Donetsk (DPR).

“Bukti yang dikemukakan termasuk gambar jejak asap, keterangan saksi, imej satelit dan video, pintasan telefon serta serpihan peluru berpandu yang berjaya dikumpulkan,” jelas Steenhuis.

Buat Pengerusi Yayasan MH17, Piet Ploeg yang kehilangan beberapa ahli keluarganya dalam tragedi tersebut berharap keputusan itu dapat membantu waris meneruskan kehidupan masing-masing walaupun ia bukanlah pengakhiran kepada usaha mereka untuk menuntut bela. – AFP

Baca Juga: PRU-15: Berhati-hati memandu kepada semua rakyat Malaysia, semoga selamat sampai ke destinasi

Baca Juga: SPR kena tangguhkan pengundian bagi Parlimen Padang Serai