Sudah biasa untuk lelaki naik berat badan selepas berkahwin, apatah lagi isteri pula pandai masak. Buat bekas juara Akademi Fantasia, Shahir Zawawi, dia sedang berusaha untuk diet bagi menjaga badan.
Berat badan naik lepas kahwin
Dalam pada itu, Shahir mengakui, berat badannya bertambah selepas mendirikan rumah tangga gara-gara masakan isteri yang menyelerakan.
“Dulu, saya kurang selesa keluar media ketika berat badan bertambah. Sekarang, saya reda.
“Saya kini dalam proses turunkan semula berat badan. Ketika bujang senang kawal makan, tetapi apabila sudah berkahwin agak susah sebab isteri selalu masak,” ujarnya.
Bercakap soal zuriat, Shahir tidak mahu terburu-buru kerana hubungan mereka masih baru lapor Utusan.
Kata penyanyi berusia 34 tahun itu memaklumkan dia dan isteri, Jaskin Jaludin menyerahkan perkara itu kepada ketentuan Allah SWT.
“Soal anak bergantung kepada rezeki. Saya tidak merancang, apatah lagi menangguhkan hasrat untuk mendapatkan zuriat.
“Kalau ada, Alhamdulillah. Saya doa kepada Allah. Tetapi, yang nampak macam ‘mengandung’ sekarang adalah saya kerana berat badan bertambah,” katanya berseloroh.
Baca Juga: Bedah hidung persis artis K-pop-Lana Nordin tak kisah kecaman sudah rujuk pakar agama