Najib kembali semula ke mahkamah untuk kes 1MDB

  • Post author:

Selepas kes penyelewangan dana sebanyak RM42 juta milik SRC, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta untuk sebutan kes 1MDB bernilai RM2.28 bilion.

Najib dikatakan tiba jam 8.30 pagi menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) Toyota Fortuner diiringi anggota pengiring dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Penjara Malaysia.

Kes perbicaraan harini di Mahkamah Tinggi melibatkan kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM2.28 bilion.

Prosiding akan bersambung dengan mahkamah mendengar keterangan bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, yang akan diperiksa semula oleh pendakwaan lapor Harian Metro.

Kelmarin, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta yang dikenakan ke atas Najib yang didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Baca Juga: Muktamad! Bekas PM Najib Razak didapati bersalah dihantar ke Penjara Kajang

Baca Juga: Penyokong Najib sengaja buat lupa Anwar 3 tahun dipenjara sebelum diberi pengampunan diraja