Nak ‘cash out’ duit pun susah, lelaki ini tunjuk betapa sempit ruang mesin ATM di negaranya buat ramai gelak besar

  • Post author:

Seorang pemuda di Indonesia berkongsikan momen lucu apabila salah sebuah mesin pengeluaran automatik (ATM) di negaranya mempunyai ruang yang sangat sempit sehingga menyukarkan untuk dia bergerak.

Seperti video yang dikongsi Tribunnews Ultra Official, pemuda berkenaan dilihat tergelak besar selepas menyedari keadaan ruang mesin ATM berkenaan yang hanya boleh memuatkan satu-satu orang dalam satu masa.

Bahkan, individu yang berbadan gemuk tidak akan boleh memasuki ruang itu dan tidak boleh menggunakan mesin ATM berkenaan.

Pemuda itu yang mempunyai tubuh yang kurus juga terpaksa merapatkan badannya ke mesin ATM kerana ruang kecil itu.

Video itu kemudian mendapat perhatian netizen di ruangan komen yang nyata terhibur dengan situasi dihadapi pemuda berkenaan.

“ATM-nya body shaming,” seloroh netizen di negara itu.

Baca juga: Betul ke pam pelan-pelan boleh dapat minyak ekstra? Pakcik Shell buat eksperimen lagi, tak sangka ini hasilnya

Baca juga: Dengar tangisan wanita sebelum ‘pengganas’ masuk, 15 maut dalam serangan masjid Syiah di Iran