Nak kahwin lagi satu padahal rumah kereta semua nama isteri, terus tak jadi nak bermadu

Poligami ini memang indah untuk para suami namun perlu diingati syarat pertama ploigami ialah berkemampuan untuk menanggung nafkah isteri-isteri dan anak-anak tapi kalau rumah, kereta semua isteri sedia, janganlah bermimpi nak kahwin sampai penuh kuota.

Seorang wanita luah perasaan geram apabila perempuan simpanan suami berani hantar pesanan untuk minta izin berkahwin dengan suaminya tanpa wanita itu tahu lelaki wanita tersebut tidak berkemampuan untuk menanggungnya nanti.

“Suami aku curang dengan janda anak satu. Aku cuma tahu bila perempuan tu sendiri berani call dan WhatsApp aku untuk izinkan suami nikah lagi. Bila tanya suami, dia cakap ya dia nak nikah. Aku cakap bagi aku masa 3 hari untuk bersedia.

“3 hari lepas kejadian, aku nekad jumpa perempaun dengan suami aku dekata satu restoran mahal. Aku tanya dia betul ke nak kahwin dengan suami dan dia mengganguk sambil tersipu malu.”

Menyampah dengan perempuan tersebut, wanita itu mengeluarkan slip gaji lelaki sambil menerangkan selepas potong semua benda, gaji yang tinggal hanyalah RM800 yang sememangnya tidak cukup untuk beristeri dua.

“Aku keluarkan geran kereta yang diletakkan atas nama aku, surat rumah juga atas nama aku, motor yang digunakan suami juga atas nama aku.”

Cinta tak boleh beli makanan

Dia menjelaskan lelakinya itu tidak ada harta lansung dan mempersoal daripada mana pula dia mahukan dapatkan wang untuk beli pampers anak, wanita tersebut menyoal sama ada dia sendiri yang perlu menanggung suami dan perempuan tersebut.

Wanita tersebut hanya dapat RM200 sebulan untuk perbelanjaan bulanan namun duit yang diberi selalu di ambil semula oleh suami. Dia bertanya kepada perempuan tersebut boleh ke hidup dengan hanya RM10 sebulan dan meminta perempuan tersebut untuk berfikir semula untuk teruskan perkahwinan ini ataupun tidak.

Lebih melucukan apabila keesokkan harinya, suaminya meminta maaf dan berjanji untuk tidak berkahwin, perempuan simpanan suaminya juga hantar pesanan ketidakmahuan dia untuk menikahi suami wanita tersebut.

Kepada kaum adam berpoligamilah bila anda mampu bukan hanya sekadar batin tapi daripada segi kewangan juga. Pecayalah nafkah batin sahaja tidak cukup untuk berpoligami sampai tiga empat.

Baca Juga: Kahwin bukan sekadar tutup aib, bapa halang anak mengandung luar nikah daripada kahwin

Baca Juga: Sesi persekolahan kekal dibuka Mac tahun hadapan