Nak sangat PRU masa banjir, UMNO sanggup ajar ahli berenang

  • Post author:

Susulan parlimen dibubarkan, timbul pula video berita ketika perjumpaan khas UMNO berlansung, dapat dilihat parti tesebut sememangnya mahukan Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan pada msuim banjir walaupun mendapat tentangan namun apa yang lebih kelakar adalah mereka sanggup mengajar ahli akar umbi untuk berenang sebagai salah satu strategik ketika berkempen.

Dalam video yang dimuat naik di TikTok, dapat dilihat parti tersebut akan menambah kos dalam kempen dengan menyediakan bot serta mengajar ciri-ciri keselamatan kepada semua ahli akar umbi mereka.

Video yang mendapat 104,000 tontonan itu mendapat pelbagai rekasi daripada masyarakat yang turut mengejek cara berkempen dan keputusan untuk membuat PRU pada musim tengkujuh yang boleh membahayakan nyawa rakyat demi kepentingan mereka sendiri.

Antara komen netizen:

“Terbaik! Makin kurang la penyokong Umno kalau macam itu sebab ramai yang hanyut di bawa arus.”

“UMNO menang, Zahid jadi perdana menteri. Kes semua hilang, plan yang mantap Pak Zahid.”

“Daripada mengundi masa tengah banjir, baik kita selamatkan keluarga kita dulu.”

“Betul-betul gila kuasa BN BN.”

“Betul la gila kuasa. Semoga rakyat sedar dan menilai sendiri. Munkkin BN benar jadi kenangan PRU 15 nanti.”

 

@im_faizhafizi

Umno ajar akar umbi berenang pru musim banjir 🤣🤣🤣#umno #bn #pas #ph #pru #musimhujan

♬ original sound – Faiz Hafizi – Faiz Hafizi

Kalau mengundi pun buat ikut sedap hati tanpa mengira kerisauan rakyat, yakinkah mereka yang ini akan membantu mereka untuk menang atau PRU 14 akan berulang kembali, kuasa rakyat jangan dibuat main.

Baca Juga:

Baca Juga: Agong perkenan pembubaran Parlimen hari ini