Nama digugurkan daripada drama swasta, ibu bimbang kerjaya Puteri Balqis terjejas

  • Post author:

Akibat isu tular mengenai hubungan Puteri Balqis dan bapanya, ibu aqish tampil jelaskan nama anaknya terpaksa digugurkan daripada berlakon dalam drama swasta.

Ibu pelakon itu, Norashikin Mohd Aziz berkata akibat isu yang tular dan hangat berkenaan, anak tunggalnya Puteri Balqis Azizi atau Aqish, 15, terpaksa akur kehilangan tawaran kerja untuk penggambaran drama 14 episod.

“Sedih nak beritahu, tawaran kerja untuk drama 14 episod bagi tayangan di sebuah stesen televisyen swasta ditarik balik dan nama Aqish digugurkan.

“Biasalah, kes tengah viral (tular) dan apa yang saya bimbang adalah masa depan kerjaya seni Aqish selepas ini. Selain itu, risau juga dengan jualan bukunya yang agak perlahan,” katanya.

Sumber pendapatan daripada lakonan Aqish dan jualan buku sahaja

Menurut Norashikin, sumber pendapatan untuk menyara hidup mereka dua beranak adalah berdasarkan tawaran lakonan diterima Puteri Balqis dan hasil jualan buku, 38 Poems of Puteri Balqis lapor Harian Metro.

“Walaupun hati ini bimbang memikirkan nasib kami dan kerjaya seni Aqish, tapi saya sentiasa percaya pada rezeki yang diaturkan oleh Allah untuk kami dua beranak.

“Saya cuma risau saja. Tapi, Alhamdulillah kami masih lagi dikelilingi oleh orang-orang yang baik dan amat membantu. Syukur sangat, sebab itu sudah memadai untuk saya terus kuat dengan dugaan ini,” katanya.

Baca Juga: Bapa pelakon remaja ditahan, membabitkan kes serangan seksual, pengabaian dan memiliki bahan lucah

Baca Juga: Kekuatan Muda sudah disaksikan di Johor, PH wajar pertimbang terima penyertaan Muda – Pemuda AMANAH